Wednesday, 26 January 2022

Cabut gigi lagi..

Kisahnya Selasa baru ni sakit gigi bongsu belah atas. Gigi ni banyak kali dah tampal. Rasa bengkak dan sakit mula menular ke kerongkong. Jadi ke klinik Husna untuk cek apa sebenarnya punca sakit. Kebetulan ramai orang jadi daftar dulu dan terpaksa keluar semula untuk beli sedikit barang di sabasun. Nak beli barang untuk mesyuarat jabatan sekali.

Balik ke klinik dalam sejam kemudian nama pun naik dipanggil doktor. Doktor cek dan bagitahu gigi goyang sebab tu sakit. Bukan maslaah pada tampalan tapi pada akar gigi yang dah goyang. Doktor suggestcabut, saya rasa dah seram sejuk je dengar cabut. Teirngat2 kenangan kena cabut gigi tahun lepas. Rasa nak nangis tapi dalam hati jelah.

Kena bius dua kali dan sakitnya tapi xsesakit yang tahun lepas. Kemudian diminta tunggu di luar sementara pesakit lain dilayan. Dalam 15 minit dipanggil semula untuk prosedur cabut gigi. Ya Allah macam2 dalam hati dan kepala. Cuba untuk relax tapi berdebar2 juga. Cakap kat doktor rasa berdebar, doktor ketawa kecil dan kata relax je lembutkan badan. Tambah satu lagi bis dan lepas tu mulalah operasi gegar2 untuk cabut gigi. Masa tu tak rasa sakit macam cabut gigi tahun lepas. Ajaib jugak tup2 dah cabut rasa tak sangka. Yang ii saya pernah rasa masa cabut gigi di UIA dulu. Rasa sakit sikit2 rtapi tidak sesakit ketika di klinik gigi sekitar Manir tahun lepas. Teruk sangat rasa pengalaman cabut gigi di situ.

Masa menunggu nama dipanggil semula, sempatlah berniat nak sedeqah makanan kalau dipermudahkan  cabut gigi kali ini. InshAllah kena merancang molek nak menjamu orang.

Hari Rabu dan seterusnya saya dan anak2 sakit tekak dan selsema. Eaaa saya ni tiap bulan demam. Ada petanda tak sihat ke... 😢


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...