Friday, 25 February 2022

Dividen TH 2021 3.10%

Alhamdulillah, rasa bersyukur sangat dapat lagi dividen TH dengan kadar yang agak tinggi (musim pandemik) sebanyak 3.10%.

Agihan dividen TH untuk tahun lepas saya dapat RM2569. Siapa nak bagi jumlah sebegini. Walau pun orang kata kecil je keuntungan TH ni, setakat tahun ini tiap tahun dividen lebih dari 2k yang diterima. Pernah dapat sehingga 4k juga masa sebelum pandemik melanda dunia.

Rasa lebih semangat untuk menyimpan demi pelaburan. Sebab tak pandai nak bisnes untuk tambah pendapatan. Boleh je bisnes nasi arab tapi tak sempat sejak ada anak kecil dan pegang jawatan.


Target saya untuk simpanan anak2 ialah sehingga mencapai 20k seorang saya akan berhenti menyimpan untuk anak2. Dan untuk diri sendiri saya akan pastikan berbelanja banyak mana pun baki cash tidak boleh kurang dari 70k. Ini penanda aras saya untuk menyimpan buat masa sekarang. 

Dijangka bulan 4 ni saya perlu bayar downpayment kereta dalam 10k. Rasa gelisah sebab menambah komitmen baru. Dah bincang dgn suami, perlu lebih berjimat cermat selepas ini.

Elaun kpp dan kenaikan tahunan saya dah siap tolak ke TH sejak bulan lepas. Nak belajar ikat nafsu yang sangat tidak berhemah sejak balik dari Jordan. Entry akan datang sy akan detailkan cara menyimpan saya selaku rakyat marhein yang pendapatan tidaklah kecil tidaklah besar. 

Asam pedas kepala ikan jenahak... 


Adik keenam dan Alyan... 



No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...