Thursday, 31 March 2022

Potluck Blok Abu Bakar

Grand potluck sebelum Ramadhan..




Puas hati belaka. 

Lepas makan susun atur semula pantry letak meja di tengah

Monday, 28 March 2022

Macam-macam...

Macam2 nak catat di blog tapi bukan semua sempat.

Konvo unisza 2022...


Makan singgang lepas konvo. First time sungguh lauk pauk kampung di hidang selepas majlis rasmi seperti ini. Ada sotong sambal juga... 

Kambing perap order dengan k Nisak. Kenalannya yang jual sedap sangat. Kombo 3 pek dengan harga RM45. Ada 500gm kambing perap, 600gm ayam perap, 350gm sos lada hitam... 


Hujung minggu lepas pergi tasik kenyir dengan mak abah. Picnic tepi jambatan. Bawa bekal masak dari rumah... 



Sunday, 27 March 2022

Bayar cukai tanah...

Kebetulan di grup taman ada orang kongsikan kaunter cukai tanah yang dibuka setiap Sabtu di kawasan sekitar rumah. Rasa excited sebab tak perlu beratur membayar di pejabat. Start jam 9 hingga 1 petang.

Hajat nak bayar cukai tanah di Besut sahaja rupanya tanah di Manir dah 10 tahun tak pernah berbayar😆. Jadi cajlah RM10 setahun bersama denda huhuhu.

Tanah di Manir - Rumah RM144 (tertunggak sejak 10 tahun lepas), tanah di Besut RM34 x 2 lot = RM88 (Tertunggak sejak 2018).

Ini antara contoh perbelanjaan tak sangka. 

Sunday, 20 March 2022

Daftar anak sekolah dan pasti 2022

Yuran madrasah anak sulung RM314.. Jubah tambah sehelai RM37.

Yuran pasti anak 5 tahun RM260. 

Yuran bulanan anak paling murah setakat ini jika dibanding dengan anak2 rakan kenalan dan adik beradik.

RM50 sebulan untuk kakak dan adik RM50 sebulan juga. Rezeki kami menetap di area sini. Kawasan Allahyarham Tok guru Harun Taib yang mewasiatkan untuk kebajikan rakyat yang berada di areanya agar tidak menaikkan kadar yuran madrasah sehingga kini. Semoga Allah memberkati jasanya dan seluruh warga sekolah.

Alhamdulillah ala kulli hal.



Friday, 18 March 2022

Kelantan lagi.. kenduri sepupu suami dan cuti

Penat nak taip.

Kenduri sepupu suami... 


Sedapnya nasi beriani dan kerabu rebung...

Aiskrim mokti. RM3 sebekas.. 


Malam kedua di H elite hotel lagi. Semakin mahal satu malam RM187 sekali tax. Mula2 duduk dulu RM120++ je termasuk breakfast... 


Kolam tingkat atas sekali. Ramai juga orang... 


Breakfast tuk dewasa dah masuk dalam harga bilik. Untuk kanak2 atas 5 tahun RM18 seorang..ada nasi lemak, lontong, spaghetti, bubur nasi dll... 

Mydin mall tunjung baru dibuka 10 Mac baru ni. Mydin mall paling besar di  Malaysia. Ramai juga orang... 


Malam pertama duduk di hotel bajet dynasty inn RM87 semalam. Sampai pun dah petang. Sengaja beli di wakaf Che yeh sebab malam ada jualan dan pasar. Bawa tilam angin tuk salah sorang anak tidur di bawah. Tak muat dah berlima... 


Pasar wakaf Che yeh. Nak window shopping sukar dengan anak2 apatah lagi nak membeli. Jimat duit ummi walid... 


Odw balik ke Ganu singgah Cameron fruit supply. Buahan fresh dan premium... 


Beli limau abu surah, jagung mutiara, strawberry dan anggur  rangup the best seller katanya Harga sekilo RM64. Beli sekilo utk rasa MashaAllah sedap dan rangup... 


Singgah picnic tepi pantai odw nak sampai Ganu.. 

Beli makanan bungkus siap masa di Kelantan.













Alyan 5 tahun.. Sanah helwah!

15hb ambil cuti demi nak sambut birthday anak kedua di rumah kakak di Dungun.




Saya bawa manisan dan kakak dan abang ipar bakar ayam, pasta, dan pumpkin soup. 

Ummi doakan Alyan menjadi anak yang soleh, hamba Allah yang taat pada agama dan berjaya di dunia dan akhirat. Amiin. 

Seronok walau penat. Balik rumah capeknya dengan mesej berlambak dari student dan ofis. 



Nr cafe lagi...

Keinginan makan masakan panas...



Isnin lepas. Rasa lelah nak masak kerana sejak pagi kelas dan Macam2 tugasan kpp. Tapi di kedai makan penat juga melayan karena anak2. Kuang3.

Belut namprik pau, telur bistik, kerabu mangga, tomyam campur, nasi goreng pattaya, nasi goreng NR, nasi putih 3. Coconut shake biasa 2, teh ais limau 1, abc2.. RM67. 


Suami positif Covid...

5 Mac yang lepas suami mula demam dan batuk balik dari bercuti di Kelantan. Kuarantin 7 hari. Anak2 mula demam keesokannya dan sy kadang sakit kepala tapi masih negatif alhamdulillah. Minta mak abah test dan positif juga keduanya termasuk kakak saya keesokan harinya. 

 Memandangkan ada gejala ringan saya decide untuk BDR.

Result saya... 

Suami kuarantin dalam bilik komputernya. Tapi hari kedua dan seterusnya bila dah reda demam sudah mula keluar masuk bilik dengan mask. Petang minta suami buang sampah sorang2. Mula2 rasa rumit tapi terpaksa juga. Dengan ada bengkel dan mesyuarat setiap hari. Pertandingan unicel yang lingkup tak dapat apa2 pingat. Lelah juga. Masak hari2, dan hantar ke bilik suami. 

Alhamdulillah ala kulli hal. Suami sihat kembali dan anak2 sihat sudah cukup melegakan. Mak abah dan kakak pun sihat alhamdulillah hilang sudah kerisauan. 

Antara menu untuk orang kuarantin dan seisi rumah... 



Habis kuarantin terus cari makanan di luar kui2. Penat dah masak dan jaga anak spjg suami kuarantin kendiri... 

Friday, 4 March 2022

Cuti Kelate lagi

Empat buah kereta kali ni bercuti ke Kelantan. Termasuk mertua adik lelaki dari Sabah. Tujuan utama nak naik keretapi ke Dabong. Hajat hari tu yang tergendala kerana terlepas keretapi.

Satu koc ni hampir fully booked oleh kami. 26 orang termasuk kanak2...tp refund 2 org sbb x dtg.





Selesa...sejuk aircond..ruang duduk yang besar..ada meja..ruang kaki yang selesa. Motif utama nak naik keretapi ramai2 saje bukan untuk bercuti di Dabong. Kui2. Naik jam 10.30am dan sampai 1.30pm. Balik jam 4.35pm dan sampai jam 7.15pm hari yang sama. Tiket sehala RM5 dewasa dan kanak2 RM3. Beli secara online dan boleh pilih seat. Ada empat koc, A B C D. Kami ambil koc A. Ada cafe kecil tapi hanya jual maggie cup dan roti bakar. Kami beli bungkus siap sebelum naik train dan makan dalam keretapi. 

Suasana petang di stesen Dabong.. 


Makan masakan panas di kedai berhampiran stesen Dabong... 

Hajat nak makan mee udang tak kesampaian sebab kedainya tutup. Jimat duit. 

Pasar borong tunjung, Kota Bharu.. 


Nasi mandy masak di homestay... 


Nasi ulam cikgu... 








Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...