Empat buah kereta kali ni bercuti ke Kelantan. Termasuk mertua adik lelaki dari Sabah. Tujuan utama nak naik keretapi ke Dabong. Hajat hari tu yang tergendala kerana terlepas keretapi.
Satu koc ni hampir fully booked oleh kami. 26 orang termasuk kanak2...tp refund 2 org sbb x dtg.
Selesa...sejuk aircond..ruang duduk yang besar..ada meja..ruang kaki yang selesa. Motif utama nak naik keretapi ramai2 saje bukan untuk bercuti di Dabong. Kui2. Naik jam 10.30am dan sampai 1.30pm. Balik jam 4.35pm dan sampai jam 7.15pm hari yang sama. Tiket sehala RM5 dewasa dan kanak2 RM3. Beli secara online dan boleh pilih seat. Ada empat koc, A B C D. Kami ambil koc A. Ada cafe kecil tapi hanya jual maggie cup dan roti bakar. Kami beli bungkus siap sebelum naik train dan makan dalam keretapi.
Suasana petang di stesen Dabong..
Makan masakan panas di kedai berhampiran stesen Dabong...
Hajat nak makan mee udang tak kesampaian sebab kedainya tutup. Jimat duit.
Pasar borong tunjung, Kota Bharu..
Nasi mandy masak di homestay...
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك