Dah plan balik kali ini nak makan ikan bakar air asam. Berharap jumpalah kedai yang lokasinya tela berpindah ke tempat baru. Alhamdulillah jumpa juga. Kedai ni dalam jam 8 malam baru dibuka. Kedai nasi ulam dan sambalnya yang sangatlah sedap...
Untuk semua ini termasuk air teh o peng tiga gelas dan bingsu ialah RM57.
Meleleh air liur masa menulis blog ni. Antara menu baru yang ada meliputi masakan panas7..
Balik kali juga kami duduk di hotel sahaja memandangkan rumah nenek/sepupu suami ada tetamu lain tak cukup bilik pula. Jadi booking hotel murah dan sangat memuaskan... W hotel..
Selesa. Harga RM76 sahaja satu malam! Katil pula ada satu king dan satu single. Tekanan air kuat. Cuma tandas agak lama dan tak berapa dicuci bersih. Geram rasa nak sental lumut yang ada. Huhu.
Makan2 di hotel hidang atas katil..
Anak2 paling seronok macam biasa. Yang paling kecik dah andai menikmati cuti2 hotel. Melompat2 suka atas katil. Suka hati tengok bila anak gembira. Walau pun hotel biasa2 sahaja, xde kolam xde breakfast.
Beraya di rumah kawan baik suami...
Dijamu nasi hujan panas. Alhamdulillah. Cantik rumahnya happening dan penuh dekorasi.
Suami dapat hadiah cabutan bertuah sempena programnya di hotel perdana. Prog berlangsung waktu malam selepas maghrib...
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك