Thursday, 19 January 2023

Teman suami ke Kelantan

Selasa baru ni ke kalate balik hari. Saya amik cuti. Tujuan teman suami ke Kelantan untuk urusan penamaan tanah pusaka.

Lubna periksa jadi minta tumpang balik dengan kawannya sumayyah.

Bertolak jam 8.30 daj sampai jam 11.30 gitu. Beli nasi sumatera.

12.30 sampai di depan jabatan galian dan tanah negeri kelantan. 

Ingat selesai cepat.  Menunggu sehingga jam 3.30 baru dipanggil masuk suami dan adik beradiknya.

Terukan servis jabatan kerajaan. Zahir dan batin disumpah 😆.

Orang kerja kerajaan ramai mengeluh duit gaji tak cukup. Mungkin puncanya takde keberkatan dalam rezeki. Mengular lagi banyak dari buat kerja.

Makan pagi ini. Laksa johor pes adami...


Lepas ni nak buat karipap pula. Inti dan doh dah siap.

Baru ni beli tong gas yang ringan tu. Tukar dengan tong gas lama perlu bayar RM30 sahaja. Ringan mcm tong gas biasa yang kosong kata suami. Puas hati sunggu dia dapat beli. Dah bertahun ratib naknbeli😆.


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...