Sunday, 30 July 2023

Anak sulung..

Pagi tadi anak sulung bangun tidur sambil sebut ummi ada darah pada cadar. Berderau darah. Ummi belum ready😭.

Tanggal 31 Julai 2023 anak sulung saya telah datang bulan. Rasa badmood tetiba. Rasa belum bersedia untuk dia. Rasa sedih. Macam2 rasa ada.

Oklah move on. Banyak pesanan kena bagi pada dia nanti.

Bersih area laundry dan dapur basah Sabtu baru ni. 
Beli bungkus makan tengahari bertiga...

Nasi kandar dan nasi padang.

Suami tengah pasang PC di ofis saya. Tak lama akan naik pindah ke sini sebagai pensyarah biasa.

Alhamdulillah pagi tadi..
Tengahari balik rumah. Makan sama2...

Semua sekali RM35 makan 5 orang. Nasi dan budu dari rumah.

Saturday, 29 July 2023

Mengasuh anak..

Semua anak kami diberi rezeki untuk asuh sendiri sehingga berumur 3-4 tahun paling kurang. Rezeki..walaupun susah tapi dipermudahkan Allah sebelum masing2 masuk ke Pasti atau sekolah...

Lubna 5 tahun - masuk Pasti 6 tahun
Alyan 4 tahun - masuk Pasti 5 tahun
Halaa 3 tahun - jangka masik Pasti 4 tahun

Kebetulan masa Lubna kami menetap di Jordan 3.5 tahun. Balik Malaysia walid asuh setahun kemudian masuk Pasti. Di Jordan suami dan saya asuh sepenuhnya. Waktu ke kelas suami jaga..waktu menulis tesis saya ada 100% di rumah.

Alyan pula suami bekerja dari rumah 4 tahun mengikut suami ke sana ke mari. Mudah jaga Alyan. Comel sangat. Tak susah duduk dalam carseat. Tak menangis mengamuk nak turun ikut ummi. Masa kecil ummi suka panggil ustaz atau sheikh Alyan almilyuner. Tak sanggup nak bagi orang luar jaga. 

Halaa pula kebetulan lahir tahun PKP jadi 2 tahun kami direzekikan mengasuh sendiri di rumah. Sekarang hampir setahun mengasuh gilir2 sejak suami masuk bekerja sebagai pegawai media di YAMCT..rezeki kerja separuh hari di ofis sahaja. Cuma Halaa lebih nakal dan xmau ducuk carseat. Sekarang hari2 mengamuk nak turun ikut ummi ke ofis. Mujur sekarang tengah sem pendek dan kelas pun dah xde..ummi pun dah nak habis jawatan KPP alhamdulillah. Tahun depan dah plan dgn suami nak hantar Halaa ke Pasti berdekatan rumah yang abangnya sekarang pergi. Rasa semakin lega bila anak2 dah boleh ke sekolah.

Cuma nak sampai tahap ini macam2 ragam ye..lelah dan hilang sabar banyak kali..

Bawa ke ofis saya hari ni...
Sekejap je sebenarnya mengasuh anak pejam celik dah nak masuk sekolah. Tapi tidak mudah. Berebut2 dengan keperluan kita juga sebagai pekerja dan lagi2 pegang jawatan😭. Pagi2 nak kejar untuk emasa (clock in) dan siapkan diri dan anak2. 

Beli nasi dagang belakang unisza..
Suami kata ofisnya buat jamuan order nasi dagang ni. Sedap juga. Boleh order nanti.

Mee rebus semalam. Mak bermalam 2 malam di rumah sebab tak mau ikut abah ke N 9 kenduri kawin anak sedara..



Cerita ceritu..

Jamuan buka puasa di surau berdekatan rumah mak..adhoc juga mengikut...sedapnya gulai ayam orang lama...

Buah peach viral di Malaysia...kalau di Jordan dulu selalu makan Allah sedapnye..
Alyan tahun akhir di Pasti ..sebelahnya Ammar..
Anak2..Alyan suka buat latihan matematik..
Kelaparan petang..bawa ke MB minggu lepas..
Mesyuarat semakan BAS..
kakak sekeluarga singgah ke rumah..

Friday, 21 July 2023

Macam-macam mahu bicara ...

Seronoknya sem pendek dah bermula...

Siap isi markah dalam sistem baru sismak semalam alhamdulillah. Perlu double cek lagi.

Mesyuarat semakan BAS. Tepek sini nanti dah pencen boleh imbas kenangan..

Bekal untuk mak abah dan kakak sekeluarga ke Kelantan..sy tak pergi sebab awal Ogos akan balik Kelantan lagi. Parak banyak kali balik beratus habis ...
Ikan bakar suami masak...
Ramen suami masak juga..luv u abang 💞..

Besar dah anak bongsu ummi walid...


Servis kerete vios di bengkel biasa RM279.

Monday, 10 July 2023

Julai 2023

Dah habis separuh tahun.. cepat je raser masa berlalu.

Cendol tualang dan ABC..sedap sungguh

Craving nasi goreng ala Indonesia pulak semalam...

Bekal ke pejabat...

Kelas mengaji quran..banyak belajar dari ustaz alhamdulillah..
Jaga exam petang semalam..jadi ketua pengawas sekali..jenuh baca pengumuman..kuang2
Lasagna cuti hujung minggu baru ni..anak2 suka...


Ok..nk berehat

Tuesday, 4 July 2023

Beruang cafe ...Hari lahir ke 39 dan SPM 9A

Sempena besday saya yang ke 39 baru ni dan hajat belanja anak saudara sulung yang berjaya mendapat 9A SPM baru ni maka kami ke Beruang cafe. Anak sedara ini yang saya bawa masa pergi ke Jordan dulu selama 3 bulan. Rindunya kenangan di sana.

Order pelbagai sikit sebab nak rasa mana lebih sedap...







Paling sedap pizza, nasi lemak dan waffle! Boleh datang lagi untuk makan ini! Burger Mozarella sedap juga..classic burger takde stok..tak merasa. Chicken chop dan fish and chip biasa saje rasanya.

Semua sekali RM180.

Masak sup gear box malam tadi. Walaupun terhangit tumisan bawang masih sedap alhamdulillah..


Hadiah dari anak Lubna dan Alyan..

Sayang anak2 ummi. Ya Allah jadikanlah mereka orang yang berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat..amiiin.

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...