Sempena besday saya yang ke 39 baru ni dan hajat belanja anak saudara sulung yang berjaya mendapat 9A SPM baru ni maka kami ke Beruang cafe. Anak sedara ini yang saya bawa masa pergi ke Jordan dulu selama 3 bulan. Rindunya kenangan di sana.
Order pelbagai sikit sebab nak rasa mana lebih sedap...
Paling sedap pizza, nasi lemak dan waffle! Boleh datang lagi untuk makan ini! Burger Mozarella sedap juga..classic burger takde stok..tak merasa. Chicken chop dan fish and chip biasa saje rasanya.
Semua sekali RM180.
Masak sup gear box malam tadi. Walaupun terhangit tumisan bawang masih sedap alhamdulillah..
Hadiah dari anak Lubna dan Alyan..
Sayang anak2 ummi. Ya Allah jadikanlah mereka orang yang berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat..amiiin.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك