Mau tunjuk dulu pengurusan kewangan saya paling selesa saya buat di keynote pad. Excel dan apps lain tak jalan tuk saya yang sentiasa nak cepat dan perlu catat segera. Sebahagian catatan corak belanja yang saya ubah bermula Julai...
Saya tukar corak bajet dengan pembahagian wang mengikut minggu. Perbelanjaan ini termasuk semua spt minyak, makan, yuran, shopee, sedeqah, zakat, tambahan saving dll utk satu minggu. Pastikan jangan lebih dari limit. Cuma minggu ni mmg terlebih belanja dari limit sebab beli barang persediaan untuk ke Indonesia nanti.
Bulan 10 nanti baki gaji akan berkurangan banyak sebab jawatan kpp sudah pun tamat. Alhamdulillah walaupun elaun dah xde tapi rasanya lebih bebas dan hilang separuh beban di bahu dan kepala.
Ini corak bajet saya Januari yang lepas..
Corak ini saya amalkan sejak dari tahun 2022. Tapi rasanya dah xberapa praktikal sejak beli kereta kedua. Untuk mak abah sejak tahun lepas sy banyak beli makanan sahaja dan sekali-sekala bagi duit cash memandangkan mereka pun sudah ada duit pencen bulanan. Ada lebih bagi lebih, tak cukup duit bulan tu ganti masa hari raya. Hari raya memang bagi duit raya lebih dari bulan yang lain.
Oh ye, ini adalah jumlah baki selepas tolak loan kereta dua buah, dua tanah lot di besut, dan loan rumah serta potongan2 saya iaitu TH saya dan anak2, pcb, etika takaful, sspni, wakaf, keahlian persatuan akademik dan insurans takaful kelompok.
Ini catatan pengurusan kewangan saya tahun 2022..
Nampak beza duit bulanan tahun 2022 dan 2023 lepas tolak kereta kedua. Xpelah setakat ni suami bagi duit bulanan juga untuk saya alhamdulillah. Semoga dimurahkan dan dilimpahkan rezeki buat suami dan saya serta semua Amiin ya Rabb. Dijauhkan dari sikap meminta dan mengemis serta papa kedana.
Ok, nanti saya share juga jadual catatan pengurusan kewangan saya sehingga pencen.
Perancangan kewangan ni bukan semua orang suka buat. Hatta orang di sekeliling saya bukan jenis suka merancang. Tujuan merancang untuk apa? Untuk elak dari zero simpanan dan terlebih belanja. Untuk elak dari meminjam dengan orang lain. Untuk kegunaan ketika kecemasan. Untuk elakkan STRESS.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك