Tuesday 24 October 2023

Anaqi Village Chalet 2023

Sempena hantar anak saudara sulung ke KLIA berlepas ke Algeria kami adik beradik bersama keluarga masing-masing sepakat menginap bersama di Anaqi Village, Sepang. Sewa 5 bilik semua sekali. Ya Allah puas hati sungguh. Kali kedua datang ke sini...

Satu malam untuk bilik english style RM180..
Hantar Khadeeja di airport KLIA pada malamnya...

Singgah beli nasi ambeng lepas check out di D'rebung berdekatan dengan chalet.. sebungkus sekarang dah RM12...beli 3 bungkus..

Menuju ke Seremban dan singgah di rumah adik emak (keluarga angkat)..ucu jamu mee kari...sayang ucu..teringat kenangan atok dan ucu. Sekejap sahaja masa berlalu..ya Allah jagalah ucu, peliharalah dia dari kejahatan manusia dan tipu daya..permudahkan urusannya ..
Sambung cuti di Melaka pula..Allah seronok sungguh jalan2 ye..tidur di rumah adik dua malam di Melaka Pindah.

Outing ke Taman Botanical Melaka pagi Sabtu selepas sarapan. Masuk percuma. Tapi kami sewa buggy utk round sekitar taman hutan. Buggy kecik RM40, yang besar RM50. Sewa dua biji boleh gerak selama 40 minit. Nasib tak baik buggy mati tengah jalan haha. Teruk betul. Mujur dapat free trip sekali round lagi.. bergambar kenangan sebelum bertolak..drive sendiri ye..

Singgah berhenti...

Selesai explore taman, kami ke pusat honeybee di sebelah untuk cuba madu free. Hasilnya beli dua botol besar madu propolis dan royal berharga RM90 tiap satu dan dapat percuma satu botol madu biasa..untung kedai kan..

Pantai klebang, suasana pasar..

Ini punca sampai dua kali ke pantai klebang. Kali pertama sampai je kiosk baru tutup. Esok ya pegi semula seawal petang. Gara-gara anak nak rasa corndog aqilicious yang dia tengok dalam utube. Kali ni je ummi walid layan ye lepas ni xde dah kuang2...sebijik ni RM13..
Pasar tani pagi Alor Gajah...

Odw balik Terengganu singgah rumah kakak di Dungun...perut lapar kemain semua ...

Yang sempat beli...
Ada kisah tragis nak boleh sampai ke Kl ni. Suami tertinggal telefon bercaj di rumah. Perasan masa dh sampai Gambang. Aduh ujian sungguh. Bebel saya dalam kereta sambil tahan air mata marah dan kecewa sebab terpaksa patah balik. Penatnya Ya Allah. Jam 8.30am bertolak kononnya tapi bila berpatah balik jadi jam 2.30 bertolak makan terus ke KLIA dan sampai jam 9 malam. Huhuhu.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Bila anak sulung mengemas...

Bersih..sayang anak ummi..anak sulung saya ni tidaklah selalu mengemas. Tapi bila dia mengemas memang puas hati.. alhamdulillah.. ...