Friday, 29 March 2024

Cuci peti ais..

Ajak suami cuci peti ais setelah sekian lama tak bercuci..

Nampak dapur kiri kanan. Dapur rakyat marhean saje..takde kabinet ala english. Nak buat tapi rasa macam membazir pula.

Alhamdulillah siap jugak...

Anak bongsu bangun pagi hari cuti Nuzul Quran nak pegi sekolah. Lalu drpan sekolah tunjuk sekolah tutup...

Macam-macam ragam anak2. Ummi pun dah macam halilintar hari-hari di rumah. Pantang salah sikit cepat benar panas hati. Sedihnya.

Iftar Ramadhan..

Ada masak, ada beli..banyak masak dan beli yang ringan-ringan..



Seadanya. Rasa skrg makan sikit dah cepat kenyang dan muak. Harap kuruslah badan huhu. Berat skrg dah 85kg😭.

Monday, 25 March 2024

Servis expander

Servis expander utk 30000km. Harga lebih dari est cost. Patut orang cakap harga makin naik. Kos servis kali ni RM489.


Friday, 22 March 2024

Air Asia-Ettihad airline-Moraza bus..

Perjalanan ke Mesir agak memakan wang. Perjalanan dari Terengganu bermula awal pagi Khamis jam 8.50am menaiki Air Asia terus ke KLIA2. kos untuk 3 orang bersama tambahan 25kg bagasi berjumlah RM270. Rasa macam ok sebab perjalanan lebih pendek untuk ke KL. 

Manakala dari Malaysia ke Mesir kami ambil dengan travel agen. Kos tiket seorang RM1880 yang mana jauh lebih murah dari beli di website. Alhamdulillah. Kami bertiga kos RM5770. Transit di Abu Dhabi 3 jam masa pergi dan 8 jam masa pulang ke Malaysia. Beg 30kg seorang utk kargo dan 7kg untuk kabin. Seat selesa dan ruang kaki yang luas.

Gambar atas ketika trnsit di Abu Dhabi.


Sedikit review bergambar menu salam flight..


Pakat dengan suami untuk ambil dosh berlainan supaya boleh rasa perbezaan.
Dapat 3 seatcukup untuk kami bertiga..Halaa nak duduk tepi tingkap. Row sebelah sana rakan2 jabatan juga bersama ahli keluarga masing2. 



Ini pula bas Moraza yang kami ambil dari KLIA1 terus ke K.Terengganu. Selesa sungguh seatnya. Cuma beg seorang sahaja sebiji boleh bawa dan tidak lebih 20kg. Kami kena tambah sikit dalam RM30 untuk satu keluarga sebab sudah tentu balik dari Mesir macam-macam membeli. Kos per head RM70. Perjalanan selesa dan smooth sebab ketiduran belaka.

Flight mendarat di KLIA jam 8.50pm dan bas kami order onliner seminggu sebelum dan pilih jam 11.30pm. Alhamdulillah sempat semua siap sebelum bas sampai. Ingat ye slip pembelian moraza bas kena print siap2. Tunjuk di kaunter bas level 2 KLIA nanti dan dia akan bagi tiket bas. Kalau tidak x dapat naik bas pula.

Makan di KLIA harga tiga kali ganda dari di luar..yang ini masa sampai Malaysia..RM26..

Yang sebelum berlepas ke Mesir..RM17



Monday, 11 March 2024

Hari pertama persekolahan 2024..

Sekolah baru semua anak-anak kami..



Kakak minggu depan baru start daftar dan kelas. Ya Allah permudahkanlah urusan kami semua.

Yuran pendaftaran dan pakaian:

Alyan RM230 + RM250
Halaa RM267
Lubna RM886 + RM70

Sambut Hari Lahir Alyan yang ke 7 tahun

First time ke AMZ restoran di Durian Burung..

Alyan 7 tahun..anak kelahiran Jordan...

Menarik dan sedap. Boleh makan lagi nanti. Ini cadangan Alyan sendiri yang nak makan di sini. Puas hati Alhamdulillah.

Thursday, 7 March 2024

Mesir 2024...

Barangan bawa pulang dari Mesir...






Alhamdulillah..sedikit coretan tentang Mesir yang sy coretkan di FB..

Mesir 22/2-3/3/2024

Penuh jadual dengan lawatan sebelum menuju ke tarikh seminar. Antara yang dilawati..

- Kebun limau
- Kubu Qaitbay (Bayaran)
- Muntazah (Bayaran)
- Piramid dan sungai Nil (Bayaran)
- Makam Nabi Danial, Imam Syafiee, Luqmanul Hakim dan Imam Busiri (Sedeqah)
- Maktabah Alexandria tersohor (Bayaran)
- Universiti Azhar lil banat, Alexandria
- Masjid Amru Al As (Sedeqah)
- Tasik Qarun
- Kincir air Nabi Yusof
- Fayyum - Safari di wadi Rouyan 4x4 (Bayaran)
- Bazar Khan Khalili

Alhamdulillah. 

Antara yang aneh dan kejutan di sini hampir setiap tempat lawatan minta bayaran tips hatta di masjid singgahan untuk solat. Peminta sedeqah ramai sekali. Kasihan tapi perlu berpada. Kena bagi secara sembunyi kalau tidak ramai yang datang berkerumun.

Baki hari seterusnya akan ke maktabah, bazar, downtown dan pasaraya pula InshaAllah.

__________

Alhamdulillah bini'matihi tatimmu solehat..

Antara misi utama ke sini ialah pembentangan kertas kerja dari geran dalaman universiti bertajuk:

AL-QURAN SEBAGAI MODEL PENGAJARAN BERTUTUR BAHASA ARAB: SATU ANALISIS KUALITATIF 

Di Seminar Antarabangsa Thurath Islam, anjuran Rabitah Antarabangsa Alumni UM dan Universiti Malaya  bertempat di Sheikh Zayed Center for Teaching Arabic to Speakers of Other Languages Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir 27-29 Februari 2024.
__________

Sudah 7 hari di Mesir, tekak mula rindukan makanan Malaysia. Bila di Malaysia teringin makanan Mesir, sampai di Mesir teringin pula makanan Malaysia.

Budaya makanan Arab di sini ialah roti pagi tengahari petang malam. Nasi pun dihidang bersama roti. Susah nak jumpa bermacam jenis nasi seperti nasi mandy macam di Jordan atau mungkin belum jumpa.

Nasi pula kering dan kalau nak berkuah dicadang ambil menu tawajin iaitu sejenis menu yang dimasak ala stew berkuah dan pekat dalam periuk tanah. Saya pernah order tawajin daging kambing dan kentang. Ya salam, sedap sungguh.

Makanan ringkas paling berbaloi dicuba ialah roti yang dicicah kibdah @ hati kambing goreng bersama capsicum. Memang sedap. Atau sandwich dengan hati. Adunan rempah menusuk hidung.

Apa pun kami sudah jatuh cinta dengan menu ikan @ seafood di sini. Dibakar dengan adunan rempah yang light tapi sangat sedap. Paling tak boleh terima pada tekak saya ialah nasi arab berempah, dimakan pula dengan ayam dan kepalan daging sos bbq. Hmm.

Kebersihan rata2 kedai makan antara 2-6/10. Yang jenis ragu2 dengan kebersihan agak sukar mencari kedai makan A di sini 😂. Saya di antara yang susah nak makan di sebarangan tempat. Tapi sebab lapar dan ingin mencuba tutup sebelah mata sekejap.

___________


Coretan pengalaman menjalani operasi Lasik di Mesir 2024. Ini antara misi utama ke Mesir.
 
72 jam setelah menjalani operasi lasik di Clear Vision Lasik Centre, Giza Mesir. Alhamdulillah, penglihatan semakin jelas. Doktor kata bagi masa otak untuk beradaptasi dengan mata 'baru' dalam tempoh 3-6 bulan. Penglihatan akan jelas dari semasa ke semasa InshaAllah.

Perasaan sebelum ke klinik bercampur baur. Suami kata cuba je InshaAllah ok. Ramai juga anak kenalannya yang dah buat lasik di Mesir dan semuanya berjalan lancar. Seminggu sebelum ke Mesir, saya hubungi melalui wassap staf klinik di sana. Tarikh temujanji pada 25 Feb ditunda kepada 27 Feb kerana jadual trip yang padat. 

Rancangan asal adalah untuk check up dulu dan rawatan operasi keesokan hari. Tapi agak terkejut bila klinik kata boleh buat terus pada hari yang sama. Terpinga-pinga saya dan suami. Macam mana nak bentang di seminar keesokan hari dengan keadaan mata selepas lasik yang tidak diketahui keadaannya. Macam2 bermain di benak fikiran. Lebih mengejutkan kos adalah lebih tinggi dari kos lasik biasa kerana faktor umur sudah mencecah 40 tahun.  USD 600 @ 30 000 LE kata staf klinik. Bincang sekejap dgn suami dan nego bersama staf, dapatlah sedikit diskaun sahaja. Bila ditimbang tara kos di Malaysia lebih mahal dan lama kerana banyak prosedur. Tawakkalalallah.

Tempoh rawatan berlangsung dalam 20-30 minit. Sakit? Sudah tentu. Terasa alatan tajam menggores-gores biji mata. Biji mata ditonyoh dan ditarik-tarik. Dapat pula dilihat oleh mata sendiri. Bau terbakar kerana laser. Kebiasaan kalau sakit, saya akan pejamkan saja mata. Tapi yang ini mustahil untuk memejam mata. Dalam hati tak berhenti berzikir dan mohon Allah mudahkan proses ini. Pengalaman melahirkan anak di bumi Jordan sedikit sebanyak memberi kekuatan.

Tempoh menunggu dan rawatan semua sekali dalam 5 jam sebab doktor sampai jam 11 pagi. Kami datang jam 9.30. Sepanjang menunggu 5 kali cek mata di bilik berbeza dengan mesin yang pelbagai. Ala kulli hal, alhamdulillah.

*Ini adalah lasik kedua saya setelah 13 tahun membuat rawatan lasik di UIAM kuantan. Rabun datang semula semasa sambung PhD dan beranak.


___________

Dijamu rakan Mesir kak Shuhaida Hanim di markaz tahfiz rakannya di Maadin. Ya salam, nikmatnya dan sedap sekali masakan rumah oleh ibu-ibu rumahtangga. Ada mahshi, waraq inab, ruz syiiri, batatis tamatim, jajj, mulukhiyyah, sambosa, ruz billaban dan koktel.

Perjalanan pulang dari markaznya mencabar sungguh. Seumur hidup tak pernah jumpa penempatan @ kampung yang seluruh kawasan jalan utamanya pecah-pecah, berlubang, berlopak dan berdebu serta penuh dengan manusia kiri dan kanan. Naik teksi macam naik kereta kuda, tersengguk-sengguk dan terhuyung hayang. Bersyukurnya kita di Malaysia.
_________

Rumusan perbelanjaan:

USD700 = RM3300
Genih RM1000, RM1500, RM700, 
Hotel 1 RM80
Pengangkutan RM1200
Flight RM5570
Airasia RM270
Moraza RM240
Didi RM100
Klia 100

Sepanjang di Mesir kami tempah coaster untuk beberapa hari. Kongsi bayar dengan rakan dan ahli keluarga yang bersama..murah jugalah dan selesa. Untuk perjalanan sendiri kami selesa dengan Didi. Boleh try  download apps didi dan try book. Macam Grab atau maxim jugalah. Harga pun ok. Cuma kalau menunggu di tempat yg xberapa popular susah sikt driver nak kenal pasti tempat kita menunggu. Macam ayam fan itik jugaklah bercakap. Haha.

Oklah sambung nnt.

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...