Friday, 22 March 2024

Air Asia-Ettihad airline-Moraza bus..

Perjalanan ke Mesir agak memakan wang. Perjalanan dari Terengganu bermula awal pagi Khamis jam 8.50am menaiki Air Asia terus ke KLIA2. kos untuk 3 orang bersama tambahan 25kg bagasi berjumlah RM270. Rasa macam ok sebab perjalanan lebih pendek untuk ke KL. 

Manakala dari Malaysia ke Mesir kami ambil dengan travel agen. Kos tiket seorang RM1880 yang mana jauh lebih murah dari beli di website. Alhamdulillah. Kami bertiga kos RM5770. Transit di Abu Dhabi 3 jam masa pergi dan 8 jam masa pulang ke Malaysia. Beg 30kg seorang utk kargo dan 7kg untuk kabin. Seat selesa dan ruang kaki yang luas.

Gambar atas ketika trnsit di Abu Dhabi.


Sedikit review bergambar menu salam flight..


Pakat dengan suami untuk ambil dosh berlainan supaya boleh rasa perbezaan.
Dapat 3 seatcukup untuk kami bertiga..Halaa nak duduk tepi tingkap. Row sebelah sana rakan2 jabatan juga bersama ahli keluarga masing2. 



Ini pula bas Moraza yang kami ambil dari KLIA1 terus ke K.Terengganu. Selesa sungguh seatnya. Cuma beg seorang sahaja sebiji boleh bawa dan tidak lebih 20kg. Kami kena tambah sikit dalam RM30 untuk satu keluarga sebab sudah tentu balik dari Mesir macam-macam membeli. Kos per head RM70. Perjalanan selesa dan smooth sebab ketiduran belaka.

Flight mendarat di KLIA jam 8.50pm dan bas kami order onliner seminggu sebelum dan pilih jam 11.30pm. Alhamdulillah sempat semua siap sebelum bas sampai. Ingat ye slip pembelian moraza bas kena print siap2. Tunjuk di kaunter bas level 2 KLIA nanti dan dia akan bagi tiket bas. Kalau tidak x dapat naik bas pula.

Makan di KLIA harga tiga kali ganda dari di luar..yang ini masa sampai Malaysia..RM26..

Yang sebelum berlepas ke Mesir..RM17



No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...