Thursday, 30 May 2024

Nasi ayam yang sedap sengoti!

Terliur tengok salad u.Ala. kirim beli RM10..


Balik dari kerja jam 2 petang tadi terus ke dapur sama2 dengan suami menyiapkan hidangan makan tengahari merangkap makan petang...

Ya Allah sedap sungguh masakan kami! Suami kata xboleh berhenti makanšŸ¤£. Sama juga dengan saya. Rasa nak jamu orang pula kalau sedap cenggini.

Pesan pada suami rebus ayam siap2 di rumah supaya cepat siap. Sambal pun suami dah biat siap. Sedap sungguh. Dah lama tak makan air tangan suami. Kali ni memang menjadi betul. Alhamdulillah. 

Nasi ayam saya suka makan yang homemade. Kalau di kedai jarang yg kena pada tekak.

Saturday, 25 May 2024

Dari Johor ke Melaka..

Hari keempat kami bertolak dari Johor ke Melaka melalui jalan lama/kampung/pantai. Pengalaman sungguh setelah sekian lama tak berjalan santai dan jauh. Singgah di beberapa tempat sepanjang laluan. Beberapa pekan yang kami lalui antara yang ingat ialah Pontian, Rengit, Batu Pahat, Muar.

Bertolak jam 11 pagi dari rumah adik. Destinasi pertama kami ialah asam pedas belanga..

Kedai di tepi jalan...
 
Ya Allah sedap sungguh. RM35 semua sekali.

Singgah bergambar di bandar Pontian pula..


Alyan xde dalam gambar sebab naik kereta dengan adik sekali nak main dengan sepupunya. Kami gerak dulu sebab nak singgah di banyak tempat.

Singgah Azhar food supply cari kerepek. Besar tempatnya...


Simggah tepo jalan beli ayam Muiz.sedap!
Menyinggah banyak tempat akhirnya sampai di rumah adik di Melaka jam 6.30 huhu..makan lontong kering beli di pasar tani di Johor.. sedap.


Berkumpul makan bersama. Adik lelaki di Melaka bungkuskan lauk pauk ala thai
 Sedap sungguh...

Anak sedara main cak2 dari bawah meja.. comel sungguh..

Thursday, 23 May 2024

Bercuti ke Melaka dan Johor 2024

Alhamdulillah..cuti sekolah kali ni dapat bawa anak2 jalan ke Melaka dan Johor. Ziarah rumah sepupu mereka merangkap anak2 kepada adik2 lelaki saya..

Di Melaka..

Main di taman berdekatan rumah adik di Melaka Pindah..

Tujuan utama juga anak2 nak ke funpark. Supreme kingdom park menjadi pilihan.  Harga kids RM29.90, umur 13 ke atas RM15, penjaga RM10. Puas hati. Selesa menunggu. Di luar park aras yg sama ada kiosk makanan boleh minum dan makan.


Ini pula teman suami ziarah kawannya yang mengajar di UTEM. Kawan sekolah rendah dan maahad...

Jumaat pula dalam jam 9.30 pagi bertolak ke Pontian, Johor. Perjalanan dalam masa 2 jam 30 minit. Sekejap je rasa tak lama bila bertolak dari Melaka.

Dijamu mee kari dan begedil yg sangay sedap..

Ok, ini makan malam pula. Survey punya survey teringin makan ikan bakar spesel, restoran Abbu Bakar di JB..

Semua sekali RM206. Makanan citarasa ala hotel resort. Pada saya rasanya 7/10. Tp pada suami dan adik sedap. Yang lain dr lain ialah ikan bakarnya..



Ok, gembira rasa dapat bersua muka dan berborak2. Kami pula kalau jumpa masa hari raya shj. Inilah antara kenangan yang ada sambil masing2 menjalani kehidupan berkeluarga yang terpisah dengan jarak yang jauh dek kerana tuntutan mencari rezeki.

Monday, 20 May 2024

Dating berdua...

Selesai anak ke sekolah, kami mencari port makan pagi atau tengahari yang sesuai berdua...

Chicken rice shop..jam 10 pagi dah buka..semua skli RM42
Sedap sungguh karinya.


Nasi dagang atas tol cawangan dekat mydin bandar..RM22..

Ok, ini hujung minggu baru ni rasa rajin nak buat soto dan singgang daging...
Ini di rumab kak ti, kenduri tahlil dan jamuan makan...

Macam2 ada. 

Nikmat manakah yang ingin kita dustakan.

Tuesday, 14 May 2024

Bila anak sulung mengemas...

Bersih..sayang anak ummi..anak sulung saya ni tidaklah selalu mengemas. Tapi bila dia mengemas memang puas hati.. alhamdulillah..

Master bedroom sy yg simple dimple..sebelah kiri ada katil single.dan boleh letak 1 tilam single. Malam2 anak2 masing berkepit tidur. Semua tak nak tidur di bilik sendiri. 

Baru ni makan nasi ayam di batu burok. RM30 semua sekali. Bila semua anak dah bersekolah, sy dan suami pun berdating pagi2 sebelum sy masuk ofis..

Dating di emart pun ada..
Fast food lagi..anak2 teringin makan burger, beli di texas baru ni..sy x boikot texas sbb dari bacaan sendiri, dia tidak ada link dengan penjanaan wang kepada Israel..
Bawak anak2 ke karnival masjid..
Pantau booth FBK..
Mihrab..bergambar di luar sebab dah lewat sampai..
Bagi saguhati kepada kumpulan pelajar yg mendapat markah tinggi dalam kelas debat yg lepas..

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...