Thursday, 23 May 2024

Bercuti ke Melaka dan Johor 2024

Alhamdulillah..cuti sekolah kali ni dapat bawa anak2 jalan ke Melaka dan Johor. Ziarah rumah sepupu mereka merangkap anak2 kepada adik2 lelaki saya..

Di Melaka..

Main di taman berdekatan rumah adik di Melaka Pindah..

Tujuan utama juga anak2 nak ke funpark. Supreme kingdom park menjadi pilihan.  Harga kids RM29.90, umur 13 ke atas RM15, penjaga RM10. Puas hati. Selesa menunggu. Di luar park aras yg sama ada kiosk makanan boleh minum dan makan.


Ini pula teman suami ziarah kawannya yang mengajar di UTEM. Kawan sekolah rendah dan maahad...

Jumaat pula dalam jam 9.30 pagi bertolak ke Pontian, Johor. Perjalanan dalam masa 2 jam 30 minit. Sekejap je rasa tak lama bila bertolak dari Melaka.

Dijamu mee kari dan begedil yg sangay sedap..

Ok, ini makan malam pula. Survey punya survey teringin makan ikan bakar spesel, restoran Abbu Bakar di JB..

Semua sekali RM206. Makanan citarasa ala hotel resort. Pada saya rasanya 7/10. Tp pada suami dan adik sedap. Yang lain dr lain ialah ikan bakarnya..



Ok, gembira rasa dapat bersua muka dan berborak2. Kami pula kalau jumpa masa hari raya shj. Inilah antara kenangan yang ada sambil masing2 menjalani kehidupan berkeluarga yang terpisah dengan jarak yang jauh dek kerana tuntutan mencari rezeki.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...