Saturday, 3 August 2024

Mak abah dan keluarga kakak..

Tak dirancang. Kebetulan kakak sekeluarga datang nak singgah sebab suaminya hantar kereta di bengkel berdekatan. Ajak mak abah sekali datang makan tengahari..


Pergi pasar Manir pagi tadi beli ikan tenggiri, telur itik, sotong dll. Balik rumah masak kari ikan, gulai kuning telur dan sayur goreng sotong.

Rasa dah lama tak masak kari dan lemak kuning. Cair je rupanya huhu.

Ini makan malam semalam. Teringin singgang. Makan di gotong royong kacau sure FBK tak puas..

Gotong royong kavau sure fakulti Khamis baru ni..

Ok, hari ni juga kami hantar kereta vios ke bengkel sebab aircond dah tak berfungsi. Hantar di kedai berdekatan batu enam. RM380 kos repair. Filter rosak dan hancur. Patutlah pasang power no 3 pun tak berapa rasa. Kepanasan siapa yang duduk belakang. Duduk depan pun kena pasang no 3. Tapi lepas baiki pasang no 1 pun dah sejuk di depan Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...