Monday, 30 December 2024

Survey kereta..

Survey dan test drive x50 dan x70.. 


Survey nissan kicks.. 

Rasa nak cuba drive. kereta suv pula. Tapi tak pasti sejauh mana rasa ingin ini. Mungkin beli mungkin tidak. Setakat ni prefer x50. 

Singgah makan di food court mysin mall bandar.. Dumpling kukus RM15.. 

Tosei RM3.. Murah

Sepinggan ni RM11. Sedap.

-------

Survey mazda cx 30 pulak Rabu 1/1/2025

Thursday, 26 December 2024

Kelas renang pertama..

Cari di google kelas renang Terengganu dan terjumpa nombor k. Laila. Berhubung di wassap dan akhirnya..



Kelas sejam seminggu sahaja. Boleh pilih Khamis atau Jumaat. Semalam Alyan berdua sahaja dengan sorang budak lain yang juga baru kali pertama join. Kakak minggu depan pula sebab ada sepupu2 di rumah tak mau pergi. Kos bayaran RM150 untuk 4 kali kelas (4 jam). 

Hasratnya biar anak tak takut air dan panic. Biar tahu asas berenang. Jangan jadi macam ummi takut dan tak tau berenang kecuali di tepian. Rasa nak join juga. Kalau dewasa RM170. Kalau personal untuk kanak2 RM230. 

Ok, ini pula potluck di rumah mak. Adik lelaki dari Melaka dan KL pula balik bercuti. 

Anak bongsu.. 

Water jet tembok pagar luar yang berlumut. Nak mula operasi mengecat.. 

Kemas luar rumah dan cuci kereta.. 



Sunday, 22 December 2024

Cuti sekolah..

Seminggu cuti sekolah sempena cuti krismas. Adik dari Johor dan kakak dari Dungun balik berkumpul di rumah mak abah..

Saya buat yongtaufu dan bawa ke rumah mak. Kakak bawa ayam bakar. Dah lama tak makan ramai2.

Sabtu pagi dan petang ada kenduri. Di kenduri kahwin anak sir Shahzool..


Bawa anak ketiga sahaja. Anak yang lain di rumah nenek main dengan sepupu.


Aqiqah anak sepupu belah petang.. 


Pagi tadi saya tempah nasi dagang Wan Azizah untuk makan2 sebelum semua balik . Sedap dan murah. Tempah setengah gantang RM175.. 



Selasa ni adik dari Melaka dan KLL pula akan balik. Yang paling seronok anak2 sebab dapat jumpa sepupu2. 

Singgah pondok dan kebun atuk tengok anak ayam.. excited cucu2 tengok ayam atok..satu masa nanti semua gambar ini akan menjadi kenangan yang ummi akan rindu..


Habiskan air kotak dan kerepek di pondok atok...adoilah cucu2..


Tasnim 6 tahun, Alyan 7 tahun dan Halaa 4 tahun.

Adik Muaz pulak balik minggu seterusnya. Bawa sorang anak sedara ke kuaka ibai.. Yang lain dah berpecah naik kereta lain.. 

Tuesday, 17 December 2024

Mayang Mall..

Sudah hampir 3 bulan cuti sabatikal. Beberapa hari ni sy plan siap kerja menulis, nak ajak suami ke Mayang mall yang baru dibuka. Progress menulis sekarang berfokus kepada buku bertema pula. Alhamdulillah, sudah 80% siap sebelum dihantar ke penerbit.

Aras bawah Mayang mall..di sini ada nasi kandar Suriani.. 



Sepinggam ni RM15. Sedap tapi tak. Berbaloi dengan harga.. 

Kali kedua ke sini makan di food court Mercato.. RM10.. Ok harganya rasa sederhana sedap. Suami tunggu ayam golek yang xsiap2..

Balik rumah masak nasi beriani untuk suami memandangkan ayam bakar yang ditunggu tak siap2.. 


Udang putih beli di Mercat murah2 RM33.90 sekilo dan besar2. Masuk di Mercato rasa seperti membeli belah di lur negara. Terkenang memori membeli barang dapur di Jordan dulu. City mall, Amman pusat beli belah antara terbesar yang kami suka singgah di sana. 



Thursday, 12 December 2024

Balik Kelantan musim tengkujuh..

Keputusan adhoc. Rancang nak balik pagi Jumaat tapi tiba2 rasa nak balik lebih awal. Jom bang kita balik petang ni Kelantan, ujar saya pada suami. Tengok jam hampir jam 5. Boleh jugak, jawab suami. Waah sehati sejiwa.

Cepat2 kemas rumah dan baju2. Kenapa x terfikir nak balik petang Khamis sedangkan semua anak habis sekolah lebih awal setiap Khamis. Huhu. Bertolak jam 6.45 sampai jam 10 malam. Hujan renyai2 sepanjang jalan kadang2 lebat. 

Lubna balik sekolah bawa balik makanan yang tak habis dari jamuan. Ustazah suruh semua bungkus. Alhamdulillah. Setiap kali jamuan, dia akan bawa balik makanan tapau untuk kami merasa. Seronok pulak.. 

Tukar2 hadiah dan lubna dapat coklat.. 

Ini saya beli untuk potluck jamuan akhir tahun sekolah lubna.. 


Beli 36 biji dgn harga RM35. Sedap! Cari di Marketplace FB je kebetulan ada baker yang buat berdekatan area rumah dan sekolah Alyan. 

Pasar Kubang Pasu, Kota Bharu pagi tadi.. Susah betul nak ingat namanya.. 

Putu halba yang hanya ada di mdim hujan di Kelantan.. Sedapnya.. 

8 biji dengan harga RM6. 

Beli cili api setiap tu RM2 sahaja! 

Gulai ikan toman dan sambal pauh.. 


Tujuan utama balik Kelantan ialah makan kenduri.. Nikmatnya.. 


Uniknya kenduri kahwin di Kelantan adalah kepelbagaian menu. Tak sama seperti di Terengganu. 




Sunday, 8 December 2024

Berdating berdua..

Sejak cuti sabatikal banyak masa pagi saya dan suami luangkan bersama sarapan di mana-mana.

Nasi lemak dil Seberang Takir. Harga dua ini RM17.50.

Alhamdulillah sedap cuma sambal sedikit manis pada saya. Nasi sedap dan lembut. 

Chicken rice shop lagi.. Gemar sunggu dgn curry laksa di sini..
Nikmat Tuhan yang mana lagi kita nak dustakan. Tidak terhitung nikmat Allah sehingga rasa takut untuk mati sedangkan dunia yg kita kecapi hari ini tidak ada apa nilainya berbanding syurgaNya. 




Kelantan lagi.. H Elite hotel

Balik Kelantan lagi. Agenda pelbagai antaranya untuk main kolam, reunion maahad suami, jumpa sepupu suami yang duduk di Shah Alam dah dah la...