Sunday, 22 December 2024

Cuti sekolah..

Seminggu cuti sekolah sempena cuti krismas. Adik dari Johor dan kakak dari Dungun balik berkumpul di rumah mak abah..

Saya buat yongtaufu dan bawa ke rumah mak. Kakak bawa ayam bakar. Dah lama tak makan ramai2.

Sabtu pagi dan petang ada kenduri. Di kenduri kahwin anak sir Shahzool..


Bawa anak ketiga sahaja. Anak yang lain di rumah nenek main dengan sepupu.


Aqiqah anak sepupu belah petang.. 


Pagi tadi saya tempah nasi dagang Wan Azizah untuk makan2 sebelum semua balik . Sedap dan murah. Tempah setengah gantang RM175.. 



Selasa ni adik dari Melaka dan KLL pula akan balik. Yang paling seronok anak2 sebab dapat jumpa sepupu2. 

Singgah pondok dan kebun atuk tengok anak ayam.. excited cucu2 tengok ayam atok..satu masa nanti semua gambar ini akan menjadi kenangan yang ummi akan rindu..


Habiskan air kotak dan kerepek di pondok atok...adoilah cucu2..


Tasnim 6 tahun, Alyan 7 tahun dan Halaa 4 tahun.

Adik Muaz pulak balik minggu seterusnya. Bawa sorang anak sedara ke kuaka ibai.. Yang lain dah berpecah naik kereta lain.. 

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kelantan lagi.. H Elite hotel

Balik Kelantan lagi. Agenda pelbagai antaranya untuk main kolam, reunion maahad suami, jumpa sepupu suami yang duduk di Shah Alam dah dah la...