Wednesday, 26 November 2025

Makan-makan..

Makan di kedai makan berhampiran rumah.. 

Makan tengahari dengan Kin dan anaknya Ain tengahari tadi... 


Dumpling sedap! 

Sherpard pie untuk makan malam ni.. 


Alhamdulillah. 

Ni menu semalam.. 


CU Mart beli tepoki.. 

Monday, 24 November 2025

Kenduri kahwin sepupu..

Kenduri sepupu iaitu anak pak sedara di Terengganu..Naim namanya.. 

Bertempat di rumah abang Jamil..


Order dari dua tempat yang berbeza... Untuk makan sendiri sahaja.. 

Koci RM37 untuk 30 biji plus rm10 cod dan cara berlauk ayam RM35 untuk 50 biji. Alhamdulillah sedap. 

Musim hujan ni bila sejuk teringat ke Jordan. Rasa rindu yang tidak berpenghujung...


Tuesday, 18 November 2025

Banyak benda lupa nak tulis

Makan nasi daun pisang di Mayang Mall.. Sedappp boleh refill nasi dan kuah..makan 2 orang RM44.. 


Buat nasi maqlubah untuk ppba minggu lepas.. 



Tawar sikit. Sedihnya. 

Buat laksa penang sendiri semalam. Jadi! 


Puas hati makan. Beli sekilo laksa RM7.50 dan sekilo ikan kembung RM15. 

Masak maqlubah lagi tadi.. 
Pagi tadi order cara berlauk ayam RM21/30 biji. Puas hati.. 
Ok, asyik makanan saje kan. Masih belum bosan bincang pasal makanan. Ini saje cerita dan gambar paling selamat untuk dikongsi di media sosial. Takkan nak letak gambar muka sendiri pula hari2.

Ini sekitar majlis tahlil saudara... Sopannya anak ummi.. 

Sedap betul! Alhamdulillah.


Thursday, 13 November 2025

Hepi besday sayang ummi..

Lubna 13 tahun cukup umurnya.

Anak sulung ummi lahir jam 8.35 pagi. 

Sambut sederhana sahaja Alhamdulillah.. Yang penting tiap tahun ummi walid cuba sambut walau ringkas.. 


Makin mahal harga kek SR. Yang ini dah jadi RM95. Dulu baru RM80. 


Masak nasi mandy daging lembu. Sedap juga. 

Halaa merajuk tak dapat hadiah. Lucu wajahnya merajuk. Bibit2 nak tantrum. Mengamuk sekejap lepas tu bertenang sendiri. 

Kesian pulak. Tahun depan pula ummi janji. 

Hadiah mengejut tuk Lubna.. 

Coretan lama hihi.. 



Sunday, 9 November 2025

Jamu nasi mandy

Ajak mak abah makan di rumah. Kebetulan pakcik saudara pun ada teman abah ke kebun jadi ajak sekali..


Thursday, 6 November 2025

Muiz chicken dengan family..

Agak lama tak makan di luar bawa anak2 sebab yang kecik2 suka bergaduh dan bising. Syarat nak makan mesti jangan bergaduh kalau tak balik terus rumah. Sebelum turun kereta sempat lagi pijak kaki masing2 Alyan Halaa aduila..

RM106 semua sekali. Hari2 makan begini pokai dompet. Kalau diikut masa ke UK bulan enam lepas kos fast food untuk kami berlima RM240. Tapi di Malaysia separuh harga. Dengan kos RM240 boleh makan sekali ganda dari apa yang kami makan biasa makan berlima. Bersyukurnya kita di Malaysia.

Pemberian pelajar semalam buah tangan dari Mesir.. 

Menu tengahari ni simple sebab takde bahan dalam peti ummi pulak malas nak masak2.. 
Hari2 anak 8 dan 5 tahun menguji kesabaran ummi. Tambah lagi walid pulak suka buat anak lelaki nan satu ni macam seteru. Bergaduh macam abang dan adik beza umur puluh tahun. Yang kecik bolehlah ummi sebat, dah yang 'abang' nya nak sebat macam mana pulak. Pening kepala hari2 kena jadi hakim buka untuk anak2 je tapi bapa dengan anak2 sekali.

Orang laki ni memang suka bertindak melulu ke? 

Wednesday, 5 November 2025

Pasang Aircond di bilik ke-4

Aircond kelima di rumah baru pasang hari ini..


Pasang board baru juga apa namanya tak ingat suami ada sebut... 

Kos aircond beli di shopee RM1100
Kos pasang Aircond dan tukar board RM650. 

Suami uruskan semua dan saya hanya buat pembayaran. Alhamdulillah. 

Thursday, 30 October 2025

Segalanya tentang kami..

Briswalking dengan suami di Batu Burok.. 

Mencuba nasi di restoran singgang budu di tengah bandar. Sedap tapi lauk biasa saja dan pinggan agak tidak bersih..viral mungkin banyaknya iklan yang lalu lalang.. 
Makan ABC dan cendol tualang pula sebelum ambil anak sekolah.. 


Anak bongsuku yang manis lagi petah..semakin besar semakin kurang tantrumnya Alhamdulillah.. 


Gambar dari junior UIA dulu Asma' ketika kami berkonvo master tshun 2009..

Asma' yang cantik manis serta kelakar.

Buku suntingan kami yang berjaya terbit tahun ini..Alhamdulillah.. 

Monday, 27 October 2025

Tetamu hujung minggu

Kisah Sabtu baru ni. Tak rancang tapi kebetulan buat bubur lambuk lebih. Ajak Midah sekeluarga ke rumah odw mereka pulang ke Machang..

Sempat tambah makaroni saje dan keropok lekor. Simple sungguh sebab tak plan. Next time pulak jamu nasi.

Midah dapat tawaran pensyarah tetap di Uitm Machang. Rezeki yang ditakdirkan di sana. Ada ruang kami singgah ke Machang pula inshaAllah.

Ini nasi kerabu pagi tadi beli di Tepoh.. 


Beli sambal garing bilis hakak maneh di shopee. Anak2 suka sangat. Saya beli juga sambal hijau petai mak Jenny tapi rasanya kurang berbanding iklan dan rendang jeruk maman tapi yg ni belum buka lagi. Kecewa sikit sebab harganya bukan murah RM34 juga utk 2 pek combo. Sebab nak rasa punya kisah. 

Jamuan dari Fauzi nasi tomato di  fakulti..

Pagi tadi sy ada sesi diskusi untuk pakar panel FGD FRGS PM Dr Nurkhamimi. Selesai workshop saya teruk ke jamiah dengan suami. 

Sejak kebelakangan ini sering sakit dada sebab angin yang terperangkap. Rasa risau pulak. Nak kena pegi klinik. Sudahlah gatal di jari on off, batuk berkahak hampir dua minggu lebih lepas ke klinik dan makan ubat baru reda tapi masih bersisa. Hasbunallah wa ni'mal wakil. Usia pun semakin bertambah, ketahanan badan semakin berkurang. 

Ini antara kenangan dalam kelas istima' wal kalam minggu ini.. 

Saya suka bahasa Arab! Wajib semai dalam diri setiap pelajar bahasa. 

Ini tulisan lubna dari cermin kereta sementara tunggu walid order masakan panas... 

I love you too Lubna, Alyan dan Halaa. Walau ummi banyak marah, tapi sayang ummi pada anak2 lebih banyak. Barakallahu fikum ya awladi❤️. 



Friday, 24 October 2025

Nafsu makan membuak-buak..

Minggu ni rasa nak makan semua yang sedap dan agak mahal. Tak tahulah kenapa. Nasi arab di taiba.. 

Rm95 termasuk air 3, nugget, fries. 

Nasi kerabu Tepoh dua kali repeat..ya Allah memang rasa asli.. 


Kopi nisang cikna mashaAllah sedap betul wafflenya. Yang datang Terengganu wajibbb cuba.. 



Semua sekali RM50 termasuk air kopi satu. Waffle ada dua. Kunafah.. 

Sedap.