Sunday, 14 September 2025

Cuti sekolah September

Cuti kali ini adik2 semua balik ke rumah nenek atuk kecuali adik di UK. Sepupu2 berkumpul..

Lubna pulak terkena demam influenza A. Sebelum ke kenduri kami ke klinik dan lepas buat swap baru tahu punca tiba2 demam. Jadinya duduk dalam kereta sementara ummi walid alyan turun makan kenduri. Haura sepupunya pun ada tidur semalam di rumah kami. Ada kuih muih kenduri amik sikit bawak makan dalam kereta. Kenduri adik Yana anak tauke Sumai Hotel..happening sekali.. Dapat goodie beg ada sambal daging dendeng seronok sungguh..suasana kenduri dalam dewan.. 




Comel pulak ummi x nampak gemuk. 

Lubna dan Haura ketika di klinik pagi tadi.. 


Ubat influenza A tiada stok di klinik panel. Beli di farmasi RM115 harganya. Mak ia mahal bonar ya. Ummi baru nak berjimat cermat.. 


Ok, mee goreng pagi tadi.. 

Rendang ayam dan pulut kuning bawa rumah semalam.. 

Seronok masak dan makan sama2. Tapi itulah makan tak sedar diri. Nak kena jaga makan sebab dah lebih seminggi gatal badan terutama bahagian jari tangan. Sedih. Ujian dari Allah. Sembuhkanlah ya Allah Engkaulah Maha Penyembuh segala penyakit. Amiin. 

Ini pula ketika jamuan akikah jiran belakang taman hari Jumaat baru ni.. 

Macam2 nak cerita tapi penat nak taip. Apa pun masih konsisten update walau tak sekerap di Jordan. Semua ini adalah untuk kenangan dan rujukan suatu hari nanti. Andai saya dah pergi doakan saya bahagia di Jannah Firdausy. 

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك