Wednesday, 22 January 2025

Nikmatnya cuti..

Nikmatnya Alhamdulillah.. Cuti sabatikal yang saya rasa setiap pekerja perlu ambil. Ada masa untuk diri sendiri mencapai apa yang ingin dicapai, masa untuk bertenang setelah huru hara, dan pendapatan bulanan berjalan seperti biasa. Alhamdulillah berkatilah ya Allah. 

Balik Kelantan lagi.. Melilau cari makanan di bandar KB. Nasi ulam cikgi penuh dengan pengunjung, nasi sup mat adib pun banyak dah habis menunya, akhirnya ke kedai sup perut air asam berdekatan rumah sepupu.. 



Last dah kali ni ke sini. Servis agak lambat dan mahal juga RM57 utk 3 set makanan dan air. Kebersihan pun diragui. NO MORE. Halaa pun sakit perut dan muntah lepas minum air sirap dan sate ikan di kedai. 

Ini kami bawa dari rumah untuk dimakan ramai2 di Kelate.. 




Kek butter kukus rupanya agak buruk tapi sedap! Ini resepinya.. 


Ambil di FB sahaja. Menjadi. 

Bilik kami setiap kali balik Kelantan.. 


Seadanya. Beginilah bila balik kampung. Asalkan ada bilik, tandas dan ekon pun sudah begitu bersyukur. 

Lupa nak update yang kami sedang memperbaiki cat dinding rumah. Ini kawasan ruang keluarga dicat dgn warna moonshadow jenama nippon matex 177 beli di shopee.. 7 liter RM45++.. 

Simple dimple. Nanti dah siap semua saya update. 



No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kelantan lagi.. H Elite hotel

Balik Kelantan lagi. Agenda pelbagai antaranya untuk main kolam, reunion maahad suami, jumpa sepupu suami yang duduk di Shah Alam dah dah la...