Tuesday, 15 July 2025

Jamuan akhir BAS 9

Ceria dan kenyang. Alhamdulillah. Rasanya the besr jamuan pelajar yang pernah hadir.

Kami ustazah berdua je yang hadir. 

Menu.. 

Di Garden Hall, Sumai Hotel. Sedap! Daging dendeng pedas dan sedap.

Semalam beli pizza dieyta dan makan tepi pantai. Harga promosi belanja tauke bagi RM16 saiz large. Sedap! 
Hawaian dan kids pizza. 

Friday, 11 July 2025

Student Arab bagi halawiyat


Laluan ke pejabat bilik pensyarah FBK. Bangunan lama lagi. Odw kepada baru inshaAllah. Bila? Allahu a'lam.

Pemberian pelajar master Sahar.. 

Banyak betul dibaginya. Bergambar di luar sebab saya pun nak balik dah baru sempat jumpa. Ada urusan di imigresen katanya. Pelajar ni berapa kali saya sound sebab format tesisnya yang agak bermasalah. Ibu tunggal dengan beberapa anak. Menetap di KL dan mengajar di sana.


Makan nasi ayam mak angkat kedai lalat. Lama dah x makan di sini. Sedap.. 

Oklah, bincang dengan suami nak kena buah wardrobe bilik nampaknya. Banyak benda tertahan untuk buat sebab memikirkan kena pindah Besut. Nampaknya lambat lagi mungkin sempat pencen dulu.

Hajat nak buat tembok pagar juga sebelah kanan rumah. Rumput jiran yang tinggi habis masuk ke halaman tepi rumah. Nak kongsi bayar tapi jiran kata duit tak cukup. Minta bayar sikit2 bila2 pun xmahu juga memang xcukup duit katanya. Ok, kalau macam patutnya potonglah rumput jangan sampai tinggi paras dada habis masuk dan menganggu halaman jiran. Entahlah, belajar agama tapi tak praktik agama. Yang nampak tak belajar agama tapi lebih faham bab jiran. Dugaan. 

Tuesday, 8 July 2025

Char kuew teow kampung

Balik dari kerja semalam suami ambil dan kami semua singgah makan di kedai CKT sekitar kawasan kampung kami duduk. Sedap rupanya dan agak murah. CKT udang hanya RM6..

Oh ye dah masuk kerja sejak 1 Julai baru ni.

Hasil tangan anak bongsu ummi. Macam2 perangai anak yang ini. Cerdik dan nakal.. 
Ummi sayang Halaa. Suh amik dua2 gambar hasil tangannya. Yang pasti kerja tangan kakak Lubna pun ada.. 

Ini balik dari Raub rasa rindu nak mewarna buku auntir akih belikan di Poland. Suka betul dengan cinnamoroll.. 

Berjumpa keluarga Cina mak..

Pada 5 Julai kami berkumpul adik beradik dan bertemu dengan keluarga cina mak. Kami booking 4 bilik di Pahang guest house di Raub dan ajak mana yang ada makan sekali.. 

Bungkus goodies untuk diberi kepada family cina.. 

Dapat guna cafe sekejap, Alhamdulillah. 

Ke kebun durian paklong.. 

Dapat makan musang king.. 



Tengahari ke lata Jarum dalam 35 minit dari kebun pak long..


Jam 2.30 pulang dan singgab beli cendol dan durian udang merah buat makan di hotel.. 

Sekilo siap perisi RM90.

Makan malam dijamu di perkarangan luar rumah pak long..

Siap makan masuk dalam rumah tengok gambar.. 
Nenek dan atok yang kami tak pernah jumpa.. 

Bergambar sebelum pulang.. 

Pagi Ahad sebelum check out pak long bagi durian lagi... 



Semoga Allah kurniakan hidayah Islam buat mereka semua. Amiin.

Singgah tepi jalan beli durian. Ioi RM20 sekilo.. 


Cantik dan sedap isinya.. 

Alhamdulillah selamat sampai rumah jam 7.30 malam. Jam 6pm sebelum tu singgah di rumah mak untuk jamak solat zuhhur dan asar. Mak abah tak dapat ikut sebab kaki mak ada jangkitan luka pada ibu jari kaki. Untuk elak risiko better mak berehat dulu di rumah. Alhamdulillah semakin sembuh. 

Kos hotel RM130 satu malam. Bilik luasssss dan selesa. Ambil 2 malam... 
Khamis sy ke Nilai dulu untuk lapor diri tamat cuti sabatikal di USIM pada hari Jumaat. Jumpa Mirah dan sarapan bersama. Tengok rumah Mirah sekali mashaAllah cantik sungguh. 

Bermalam di mesahill, di mesa mall.. RM127 dan agak usang dan buruk juga..nak naik ke atas kena lalu dua palang yang mana merumitkan..kena ambil kunci sendiri di peti surat ..kali pertama dan terakhir..


Mujur ada dapur kecil dan ruang tamu. oklah untuk yang nak penginapan bajet.