Tuesday, 8 July 2025

Berjumpa keluarga Cina mak..

Pada 5 Julai kami berkumpul adik beradik dan bertemu dengan keluarga cina mak. Kami booking 4 bilik di Pahang guest house di Raub dan ajak mana yang ada makan sekali.. 

Bungkus goodies untuk diberi kepada family cina.. 

Dapat guna cafe sekejap, Alhamdulillah. 

Ke kebun durian paklong.. 

Dapat makan musang king.. 



Tengahari ke lata Jarum dalam 35 minit dari kebun pak long..


Jam 2.30 pulang dan singgab beli cendol dan durian udang merah buat makan di hotel.. 

Sekilo siap perisi RM90.

Makan malam dijamu di perkarangan luar rumah pak long..

Siap makan masuk dalam rumah tengok gambar.. 
Nenek dan atok yang kami tak pernah jumpa.. 

Bergambar sebelum pulang.. 

Pagi Ahad sebelum check out pak long bagi durian lagi... 



Semoga Allah kurniakan hidayah Islam buat mereka semua. Amiin.

Singgah tepi jalan beli durian. Ioi RM20 sekilo.. 


Cantik dan sedap isinya.. 

Alhamdulillah selamat sampai rumah jam 7.30 malam. Jam 6pm sebelum tu singgah di rumah mak untuk jamak solat zuhhur dan asar. Mak abah tak dapat ikut sebab kaki mak ada jangkitan luka pada ibu jari kaki. Untuk elak risiko better mak berehat dulu di rumah. Alhamdulillah semakin sembuh. 

Kos hotel RM130 satu malam. Bilik luasssss dan selesa. Ambil 2 malam... 
Khamis sy ke Nilai dulu untuk lapor diri tamat cuti sabatikal di USIM pada hari Jumaat. Jumpa Mirah dan sarapan bersama. Tengok rumah Mirah sekali mashaAllah cantik sungguh. 

Bermalam di mesahill, di mesa mall.. RM127 dan agak usang dan buruk juga..nak naik ke atas kena lalu dua palang yang mana merumitkan..kena ambil kunci sendiri di peti surat ..kali pertama dan terakhir..


Mujur ada dapur kecil dan ruang tamu. oklah untuk yang nak penginapan bajet. 

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك