Friday, 26 September 2025

Perkongsian buku dan pengerusi viva

Selasa..

Lunch sedap juga. Macam makanan zaman muda2 dulu.. 


Khamis petang..

Kenduri saudara Ahad lepas.. Sedapnya gulai daging.. 


Mak datang abah.. Saya dan suami dari Manir.. 

Semalam saya khatam Quran setelah sekian lama. Alhamdulillah. Hari ni mula semula.

Lubna puasa, masakkan iftar oleh suami ikan siakap tiga rasa dan saya buat sup.. 


Pegi pasar cabang tiga pagi tadi banyak ikan antara yang dibeli..sebelum tuke mydin beli bahan nasi maqlubah ada order dari ustaz Ijal.


Orang pun ramai di pasar. 

Saturday, 20 September 2025

Kenduri kahwin lagi..

Kenalan ketika di Jordan dulu menjemput ke kendurinya berdekatan rumah..


Nikmatnya gulai daging Terengganu style kampung. Saya tak kan pernah muak. Setiap kali kenduri lauk ini saya cari. 


Muallimah Syahirah yang pernah mengajar Lubna dan Alyan..Isteri kepada abang pengantin.. 

Nasi beriani masak semalam.. 

Dah hampir 2 minggu saya gatal2 jari tangan. Tak keruan menggaru. Pegi ke klinik minggu lepas doktor kata kesan sabung pinggan. Dapat ubat alrergik sapu dan makan. Ubat sapu tak berapa jadi. Ubat makan menjadi tapi dah habis. Esok kena je klinik Azlina lagi. Tak tahan bila gatal. Sedih tapi ujuan dari Tuhan. 

Thursday, 18 September 2025

Viva pelajar PhD USIM

Alhamdulillah..

Mula jam 3.30 dan berakhir jam 4.30. Agak panas perbincangan. 

Sunday, 14 September 2025

Mencuci dapur..

Aktiviti Jumaat baru ni terlupa nak update..


Punggah almari di bahagian dalur tambahan supaya dapat cuci bawah singki dan mesin basuh. Saya dan anak punggah almari yang ringan, suami alih mesin basuh dan dapur gas serta mencuci lantai..



Lepas basuh lantai saya tukar susunan almari. Legaaaa. Alih ke sini pula.. 

Oh ya hihi ini kawan baik saya di UIA dulu Juhana! Rindunyaa.. Kebetulan dia turun dengan family ke Terengganu untuk ke Pulau Redang. Berjumpa sekejap di depan hotelnya menginap. MashaAllah masih ayu dan lembut Juhana.. 


Jue dan anak2nya.. 

Alhamdulillah. Semoga dapat bertemu lagi.


Cuti sekolah September

Cuti kali ini adik2 semua balik ke rumah nenek atuk kecuali adik di UK. Sepupu2 berkumpul..

Lubna pulak terkena demam influenza A. Sebelum ke kenduri kami ke klinik dan lepas buat swap baru tahu punca tiba2 demam. Jadinya duduk dalam kereta sementara ummi walid alyan turun makan kenduri. Haura sepupunya pun ada tidur semalam di rumah kami. Ada kuih muih kenduri amik sikit bawak makan dalam kereta. Kenduri adik Yana anak tauke Sumai Hotel..happening sekali.. Dapat goodie beg ada sambal daging dendeng seronok sungguh..suasana kenduri dalam dewan.. 




Comel pulak ummi x nampak gemuk. 

Lubna dan Haura ketika di klinik pagi tadi.. 


Ubat influenza A tiada stok di klinik panel. Beli di farmasi RM115 harganya. Mak ia mahal bonar ya. Ummi baru nak berjimat cermat.. 


Ok, mee goreng pagi tadi.. 

Rendang ayam dan pulut kuning bawa rumah semalam.. 

Seronok masak dan makan sama2. Tapi itulah makan tak sedar diri. Nak kena jaga makan sebab dah lebih seminggi gatal badan terutama bahagian jari tangan. Sedih. Ujian dari Allah. Sembuhkanlah ya Allah Engkaulah Maha Penyembuh segala penyakit. Amiin. 

Ini pula ketika jamuan akikah jiran belakang taman hari Jumaat baru ni.. 

Macam2 nak cerita tapi penat nak taip. Apa pun masih konsisten update walau tak sekerap di Jordan. Semua ini adalah untuk kenangan dan rujukan suatu hari nanti. Andai saya dah pergi doakan saya bahagia di Jannah Firdausy. 

Tuesday, 9 September 2025

Pembentangan seminar I-consciences di Kuantan..

Tiada gambar sendiri memandangkan datang pun sendiri dengan suami dan anak2.

Sekitar hari seminar bertempat di hotel grand darul makmur, Kuantan.. 

Menunggu giliran pembentangan yang dijadualkan pada jam 2.45..
Habis bentang disapa beberapa peserta yang berminat dengan kajian saya. Malu dan segan. Kebetulan moderator ayah kepada pelajar saya di fakulti bahasa. Itu pun lepas dia melihat perkataan unisza pada jadual giliran saya. Terus dia bertanya untuk kepastian. Betul, anaknya memang program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab. Segan pula bila bertemu dengan penjaga pelajar sendiri. Rancak dia bercerita tentang anaknya yang aktif di unisza. Mesti bangga dengan pencapaian anaknya. Alhamdulillah. 

Makan tengahari sebelum bentang.. 
Hotel di imperium by glex.. Duplex. RM201 semalam.. 

Bilik di belakang anak level 5 tapi ada halaman dan boleh keluar dari pintu bilik bahagian belakang untuk ke kolam renang.. Menarik konsepnya cuma sayang bilik kami agak usang dan kurang bersih.. 
The colony guest house.. RM271 semalam.. Cantik cuma tiada pagar untuk privasi.. Lucu pula bila buat perakuan anak terkencing malam atas cadar dan alas tilam kena top up bayar RM20.. Huhu.. 

Terlupa untuk catat semalam bateri kereta expander kong jadi suami guna jumper utk cas. Nasib baik hidup dan dapat bergerak ke Kuantan. 

Makan malam di sate zul.. RM85.. Sedap! Kuah sate pedas2 manja.. 

Rabu 10/9

Makan di lemang to'ki RM71++ semua sekali..

Burger king..RM74..