Thursday, 22 May 2014

Kehidupan adalah sebuah pinjaman

Antara fitrah manusia Allah ciptakan sukakan baqa' iaitu kekal hidup tanpa mati. Sebab itu manusia takut untuk mati kerana takut meninggalkan segala keseronokan yg dirasai di atas dunia.

Semakin lama kita hidup semakin lama kita rasa berat untuk meninggalkan alam dunia. Bila berkahwin, punya pasangan, dikurniakan anak, kerjaya yg baik, sumber kewangan yg berterusan, makanan yg enak2, kehidupan yg sekali sekala diuji pancaroba, segalanya nikmat dunia mengikat kita dari mengingati alam akhirat dan takutkan kematian.

Nikmatilah dunia ini seadanya. Segalanya akan ditinggalkan pada bila2 masa. Perasaan risau apa akan berlaku pada harta kita, pasangan kita, anak kita apabila kita tiada nanti. Harap segalanya baik-baik sahaja. Cuma sekarang masih belum sanggup meninggalkan lubna piatu tanpa ibu dan suami sendirian tanpa saya. Nah, betapa dunia telah pun mengikat saya.

Mkn pagi merangkap tghari juga, fatayer lagi...




No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...