Tuesday, 30 September 2014

Turkish delight

Petang tadi kami keluar ke mukhtar mall. Hajat nk beli sedikit barang & belanja suami ayam turkish delight..


Sampai umah sy masak nasi shj buat ala hanith...


Suami mmg suka sgt mkn ayam panggang. Hari2 makan pun xpe. Kui2.

Sarapan pagi tadi sy bt mee sup. Sedapnyeee yg amat...


Sedap puji diri sendiri. Kih2. (Suami kt sblh jeling je sbb jeles kihkoh)

Hari ni ustzh nik hanan balas emel sy. Beliau sarankan tajuk ttg self-regulation & self-efficacy. Kena baca dulu betul2 br decide.



Sunday, 28 September 2014

Tajuk thesis yg bercabang2

Dalam masa seminggu ni skop kajian thesis sy berubah2. Kejap nak buat itu kejap nak buat ini. Baca artikel tu nak buat tu, baca artikel ni nak buat ni. Hai sudahnya xde kata putus. Klu boleh sy nk buat yg paling mudah xmelibatkan sample kajian yg rumit @ banyak. 

Kejap nk buat pasal penilaian formatif (xjadi nk buat sbb rasa rumit kn masuk kelas spnjg sem duduk dgn pljr antarabangsa & uji model) , kejap pasal second language acquisition (SLA), skrg pasal study abroad dan culture pulak. Hmmmmm.

Klu diteliti ketiga2 variable tu ada satu persamaan yg wujud. 

Study abroad + formative evaluation = second language acquisition!

Mgkn boleh bt mcm ni jg:

Study abroad adalah salah satu method yg boleh dipakai utk SLA!

Tengok lagi esok lusa, lepas baca lagi artikel lain harapnya jalan makin terang.

Bercakap ttg artikel dan kajian dlm bidang pendidikan memang dimonopoli oleh cendikiawan barat. Terkini, moden dan pelbagai bentuk kajian mereka. Nmpk gaya mcm waktu master jgklah nnt, references mostly in english, isi thesis je dlm b.arab. Tp xpe sy suka!

اللهم يسر لي أموري ولأهلي والآخرين أمورهم...يا ربي

Post sikit futur kami pagi tadi...






Saturday, 27 September 2014

Petai & tempoyak!

Jom tengok mkn tghari kami hari ni.



Labu air masak lada itam, ikan patin goreng, sambal tempoyak, petai jeruk! Waah rs mcm duk msia je makan lauk pauk ni. Hihi.

Masak berkali2, baca buku sekali sekala. Haip!

Jemputan mkn tghari

Smlm kami ke rumah muhammad teksi memenuhi jemputan mkn tghari di hasyimiyy.




Simple dan ringkas mknnnya. Ikan urtumiyy bsalut tepung digoreng biasa, nasi berempah, salatoh. Klu ada sambal belacan laaaagi best.



Thursday, 25 September 2014

Demam nasi hanith belum habis

Petang smlm kami keluar ke pekan tabarbour menaiki kereta yg kami beli sblm balik bcuti ke msia (tu pun nk sebut kihkoh). Kami singgah beli lamb hanith di mata'm yamani bdekatan.



Banyak! JOD 5 (RM 22) sbungkus. Daging besar kami makan sketul je. Seketul lg buat mkn hari ni pulak.

Pagi ni sy buat sendiri nasi hanith gn resepi lydia kuwait. Memang sedap!



Panas lagi ni. Sy gn beras basmathi india extra long. Mmg mcm pusa gold jasmine kt msia bentuk berasnya. Puas hati.

Resepi nasi hanith:

Basmathi 2 cwn (rendam hingga kembang)
Serbuk jintan putih 1 sd besar
Serbuk ketumbar 1 sd besar
Biji pelaga 3
Bunga cengkih 5
Kulit kayu manis 1
Mixed spice 1 sd bsr
Tomato paste 1 sd besar
Kiub ayam/ kambing 1/2ketul
Garam

Tumis semua sekali hingga pecah minyak & naik bau. Masukkan beras dan goreng bersama rempah tadi. Masukkan air panas yg mdidih dan tanak spt biasa. Klu suka boleh buh pewarna kuning @ oren.

Utk lebih detail blh tgk resepi lydiahoney di entry lepas. Malas nak taip. Hi2.

Wednesday, 24 September 2014

Satu hari satu artikel

Itu azam saya. Tapi semalam xdapat nk habiskan satu artikel. Mujur hari ni dapat baca beberapa artikel walaupun kejap2 ditarik & dikacau oleh lubna. Mencabar jugak ye membaca dgn anak yg semakin membesar dan  aktif. Dapat baca dan faham 1 perenggan pun alhamdulillah bersyukur sangat. 

Dua hari ni sy lebih tumpukan bacaan pada penilaian formatif.  Menarik juga artikel2 dan kajian yg dijalankan berkenaan dgn penilaian ni. Walaupun benda dh lama bincang tp klu dapat bagi nafas baru pd pembelajaran bahasa Arab alangkah bagusnya.

Oklah, xde mood nk cakap banyak. Sekarang makin menjadi2 mood malas nk bercakap @ bermesej panjang2. Banyak sgt benda nk kena pikir.

Tuesday, 23 September 2014

Nasi Hanith ayam

Waah dh lm x masak nasi arab. Hari ni tertengok page lydia matbahna arabiy. Dia buat hanith chicken rice. Nmpk sedap siap dgn resepi. Apalg, sy pun try buat...



Maraq (stok kuah yg berempah)..terbaik!


Memang sedap resepi dia! 





Rugi klu x cuba. Sgt2 berbaloi! Rempah pun xbnyk gn. Cm sy xde stok mix spice. Belum sempat beli. Klu ada mesti lg perfect rsnya. Salatoh & sos harroh pun xbuat sbb xde tomato. 

Semalam bt nasi dagang kelantan. Suami pun terliur nk mkn. 


Sy bt gulai ayam guna rempah kari cap kg langgar. Mmg sedap!






Alhamdulillah, elaun SLAI dah masuk!

Pagi tadi cek emel unisza, tengok ada emel dari moe. Alhamdulillah ESH utk 4 bulan dari oktober - januari dah pun diproses.

Jumlah semua sekali RM 11, 040. Sebulan KPT akan bayar RM 2750. Itu sume jumlah untuk bayar umah sewa, elektrik, makan dll.

Tengok sikit potongan bulanan kami di sini:

Rumah sewa : RM 1250
Elektrik         : RM 200
Makan           : RM 1000
Kereta           : RM 150

JUMLAH      : RM 2600
BAKI             : RM 150

Itu anggaran kasar potongan bulanan kami di Jordan.

Belum masuk elaun keluarga lagi. Memang sy gunakan sepenuhnya elaun saya untuk kegunaan bulanan di sini. Manakala elaun keluarga sy bahagikan antara keperluan suami dan anak. Alhamdulillah memang cukup. Kalau berjimat boleh menyimpan lagi. 

Untuk tahun  ni dan mendatang sy dah berpesan pada suami untuk lebih berjimat cermat terutama bab pembelian bahagian makanan dan barang kehendak. Kalau boleh nk beli yg paling penting sahaja. Suami pun setuju. Mahu menyimpan sikit duit elaun setiap bulan. Duit lebihan yg ada boleh digunakan untuk kecemasan @ mengembara ke tempat lain pula. Lagipun duit gaji saya akan stat potong untuk tanah bermula oktober depan. Laagi kena jimat. 

Gaji bulanan pula memang saya peruntukkan untuk bayar segala yang ada di malaysia.

-Rumah
-Tanah
-LUTH
-Insuran sy, suami & anak

Mujur kereta saya dan suami dah dijual. Kalau tidak makin banyak potongan bulanan di malaysia.

Saturday, 20 September 2014

سنة حلوة يا حبيبي!



SEMOGA ABANG DIRAHMATI ALLAH SENTIASA
DIBERKATI UMURMU
DIMURAHKAN REZEKI
DIMUDAHKAN URUSAN DUNIA DAN AKHIRAH
MENJADI SUAMI YG SOLEH
HAMBA ALLAH YG BERIMAN DAN TAAT PADANYA
MENYINTAI KAMI SEHINGGA KE JANNAH

Awa xmasak apa yg spesel pun tuk abang. Tapi petang nanti nak buat ayam tajine inshaAllah. 

Baru berjinak dengan Mendeley

Dalam beberapa hari ni baru betul2 tergerak hati nak install mendeley. Dah tahu pasal mendeley ni sejak dari awal tahun lepas waktu hadiri bengkel anjuran fakulti di UniSZA. tapi waktu tu macam biasa sebab xberapa nak guna jd malas nak explore.

Bila baca blog Dr.OT tentang cara mudah membuat citation dan bibliography dgn aplikasi mendeley, jadi rasa tergerak nk install dan tengok dgn lebih lanjut. Memang betul memudahkan urusan penulisan thesis nanti. Bahagian nk cite tu yg paling cerewet kadang2 jugak maklumat bahan yg kita nk cite tu hilang terus atau bercampur2 dgn artikel lain. 

Cuma mendeley ni xberapa berkesan utk bahan dalam bahasa Arab. tp xpelah rasanya nnt bila start menulis banayak rujukan dari bahasa inggeris sebab maklumat mereka lebih terkini.

ok, nak sambung membaca apa yg patut. Lepas ni nak pegi jamiah sekejap urus apa yg patut.

Friday, 19 September 2014

Proses beli tanah

Sebelum sy terlupa, lebih baik sy kongsikan prosedur yg sy lalui utk membeli 2 buah lot tanah di besut baru ni.

1) tengok tanah.
2) jumpa tuan tanah.
3) bayar deposit 10% dr arga tanah dlm masa seminggu tanda booking.
4) mohon pinjaman bank islam. Sedia dokumen spt slip gaji 3 bulan, ic, surat pengesahan dr majikan dll.
5) dlm masa seminggu duit pinjaman sy diluluskan.
6) bayar penuh pada tuan tanah.
7) dpt borang 14A dr tuan tanah yg lengkap dgn maklumat tuan tanah utk dipindah milik.
8) pergi ke pejabat tanah besut untuk urusan pindah milik. Isi borang 14A di situ lebih selamat slps bertanya dgn pegawai bertugas cara mengisi borang. Jgn silap klu tidak kn isi smula borang lain dgn tuan tanah. Satu keja plk. Isi dgn pen dakwat basah @ cair. Sy silap guna ballpen abis kn potong & tulis smula dgn dakwat cair. Mujur boleh potong. Klu x kn balik ktganu smula jumpa tn tanah minta brang lain! (Sbnrnya suami yg salah paham kui2)
9) siap cop sana sinun, jumpa DO pula utk cap jari.
10) stlh selsesai buat fotokopi utk smua dokumen tadi di kedai fotostat berhampiran.
10) pergi ke lhdn berdekatan & serahkan salinan fotokopi dokumen tadi. Pegawai lhdn akn beri kita tempoh 3 minggu utk menunggu surat bayaran cukai tanah yg kebiasaanya 1% dr arga tanah.
11) kurang dr 3 minggu sy dapat surat dr lhdn utk bayaran cukai tanah. Pergi ke lhdn & bawa salinan asal borang 14A serta bayar cukai tanah spt yg diminta.
12) bawa sume borang ke pejabat tanah semula dan tunjuk resit bayaran di lhdn. Diorg akn proses borang2 tu sbentar. Bayar rm40 utk sebuah borang yg mewakili sbuah tanah. Mcm sy kn bayar RM80 utk 2 lot tanah. Dan bayar sikit utk denda sbb bayar cukai lewat dr 31 mei. Hmmm ingatkan xperlu bayar apa2 dh rupanya ade je kn bayar lagi.
13) selesai bayar, tunjuk resit pd kaunter yg proses dokumen pindah milik & kita akan diminta datang keesokan hari utk mendapatkan geran hakmilik sementara! 

Alhamdulillah dlm masa sbulan selesai urusan beli tanah. Wlupun rs gusar & risau xsempat sblm fly jordan tp Allah mudahkan jg.

Kalau fakulti sy xjadi pindah ke besut, sy akan jual tanah tu & buat sbgi aset jangka panjang inshaAllah.  Xrugi beli tanah @ rumah. Smpi masa boleh jual smula dgn kadar yg lebih tinggi dr arga asal beli.

Stok dr malaysia terbang ke jordan

Haa bnyk betul stok dedaun dr msia & barang dapur sy bawak dr msia. Ni sume utk mengelakkan kempunan jangka panjang. Kih2. 

Tempoyak pun sy bawak tau!


Bungkus kecil2 dlm plastik tempoyak ni. Simpan dlm freezer slma sbulan. Bila nk angkut naik flight, sy isi dlm beg kalis haba, letak dlm tong besar utk muatan kargo. Jgn bawak naik kabin tempoyak tu confirm kn tahan. Memang stay sejuk tempoyak tu bila sampai di jordan alhamdulillah. Prjlnn ampir 16 jam, tempoyak masih sejuk wlupun dh mencair.

Stok lain...


Fishball, fishcake, dedaun sume sy bekukan bila smpi jordan.


Stok cili api utk beberapa tahun!kih2..tempe pun ade...


Tong ijau tu sy bawa dr msia. Dlm nilah sy letak beg kalis haba yg berisi tempoyak & dedaun serta barang dapur yg kering...selebihnya sy isi dlm 2 buah beg besar...


Keropok keping dlm 10 bungkus sy bawa...


Proses menyusun & mengemas..


Seronok tgk dapur:)





Aktiviti bersama keluarga sebelum fly ke jordan





Restoran wau, kelantan...




Cantik restoran ni. Mknn pun sedap2. Arga standard kedai. 




Wednesday, 17 September 2014

Selamat tiba di jordan

Alhamdulillah kami sampai jordan jam 4.30 petang waktu tempatan (10 mlm wkt msia)...








Saturday, 6 September 2014

Menghitung hari...

Lagi beberapa hari mahu pulang ke jordan. Rasa berat hati tp sedikit excited. Excited sbb bila terfikir cuaca sejuk yg sedap2 tu rs xsabar nk balik jordan. Teringat mknn yg sedap pun rs xkeruan nk balik sana. Kihkoh.

Tp bila terfikir naik flight dgn tempoh yg panjang rs xmau balik. Rasa gelisah. Takut. Ya Allah permudahkanlah. Sejahterakanlah perjalanan kami smua.  Bila terfikir ke kelas yg dingin saja rs macam tawar hati. Bila terfikir tesis yg xde tajuk rasa gundah-gulana. Ish bnyk betul masalah. Hik2

Semalam kami bertiga melawat k.zan di rumah sewanya. Dah lama berhajat nk pegi umah k.zan, hari ni baru berkesempatan. Alhamdulillah seronok...


Xmau menyusahkna k.zan, kami bawa kuih muih sikit sorang. Tup2 bila sampai bau mknn yg sgt sedap rupanya tuan umah masak nasi mandi yaman. Waaaah.. Kesian tn umah bersusah payah memasak...mmg sedap!




InshaAllah pnjg umur murah rezki kita berkumpul lg. best makan2 smbil mengeratkan silaturrohim.:)

Friday, 5 September 2014

Lubna bertindik semalam

Pada umur 1 tahun 10 bulan kami tindik telinga lubna. Alhamdulillah xmenangis. Tapi bila sampi umah badan mula panas & malamnya demam. 



RM12 untuk tindik kedua belah telinga.


Harap lubna xgatal tgn nak tarik subang tu. 

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...