Tuesday, 23 September 2014

Alhamdulillah, elaun SLAI dah masuk!

Pagi tadi cek emel unisza, tengok ada emel dari moe. Alhamdulillah ESH utk 4 bulan dari oktober - januari dah pun diproses.

Jumlah semua sekali RM 11, 040. Sebulan KPT akan bayar RM 2750. Itu sume jumlah untuk bayar umah sewa, elektrik, makan dll.

Tengok sikit potongan bulanan kami di sini:

Rumah sewa : RM 1250
Elektrik         : RM 200
Makan           : RM 1000
Kereta           : RM 150

JUMLAH      : RM 2600
BAKI             : RM 150

Itu anggaran kasar potongan bulanan kami di Jordan.

Belum masuk elaun keluarga lagi. Memang sy gunakan sepenuhnya elaun saya untuk kegunaan bulanan di sini. Manakala elaun keluarga sy bahagikan antara keperluan suami dan anak. Alhamdulillah memang cukup. Kalau berjimat boleh menyimpan lagi. 

Untuk tahun  ni dan mendatang sy dah berpesan pada suami untuk lebih berjimat cermat terutama bab pembelian bahagian makanan dan barang kehendak. Kalau boleh nk beli yg paling penting sahaja. Suami pun setuju. Mahu menyimpan sikit duit elaun setiap bulan. Duit lebihan yg ada boleh digunakan untuk kecemasan @ mengembara ke tempat lain pula. Lagipun duit gaji saya akan stat potong untuk tanah bermula oktober depan. Laagi kena jimat. 

Gaji bulanan pula memang saya peruntukkan untuk bayar segala yang ada di malaysia.

-Rumah
-Tanah
-LUTH
-Insuran sy, suami & anak

Mujur kereta saya dan suami dah dijual. Kalau tidak makin banyak potongan bulanan di malaysia.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...