Thursday, 20 August 2015

Menghitung hari...

Rasa xsabar ingin pulang. Tapi gusar kerana belum menerima apa2 makluman mengenai tarikh munaqosyah khuttoh. Dalam seminggu ni langsung xmenyentuh risalah mahupun membaca. Sibuk update barang dagangan dan membeli sana sinun. Pagi tadi cek currency lagi, ya Allah sudah mencecah RM 5.82 untuk sedinar. Rasa lemah. Beberapa bulan ini terpaksa bergantung kepada duit gaji memandang elaun sudah pun kehabisan. Bulan 10 nanti baru elaun baru akan masuk.

Tiket flight saje mencecah hampir RM7000 untuk 3 orang. Belum masuk belanja di Msia lagi nanti. Dalam kepala duk piki2 apa cara untuk menambah pendapatan lain. Pulang dari Msia pula perlu membayar roadtax  kereta dan perlu renew visa suami dan anak. Situ saja sudah melibatkan hampir RM800 dan ditambah lagi dgn keadaan ekonomi yg jatuh terasa lebih perit. 

Hasil jualan buku2 dan rempah2 pula dapatlah menampung sikit perbelanjaan di Msia nanti. Tapi kalau dicongak2 untung yg dapat tidak setimpal dengan harga tiket flight yg beribu2 ringgit. Xapelah rezeki Allah itu ada. Kheir inshaAllah di sebalik kejatuhan ekonomi. Harapnya cepatlah ekonomi kita pulih sebaiknya. Harap juga pemimpin yg pecah amanah cepat2lah turun. 

Bercakap ttg ekonomi terkenang tentang hal ehwal negara. Sana sinun bersengketa sesama dalam parti atau parti yg berbeza. Itu dalam parti, belum lagi sengketa dalam jabatan, sesama rakan sekerja, sesama rakan sepengajian. Belum lagi sengketa sesama ahli agama yg belajar agama dan yg tahu agama, sama saje seperti orang yg tidak belajar agama dan tidak tahu agama. Jangan terkejut di fakulti2 pengajian islam di universiti2 pun ada sengketa masing2. Mohon dijauhkan dari sengketa2 seperti ini. Ego, buruk sangka, berasa lebih baik dan suka menunjuk2 punca utama sengketa sesama ahli agama. Saya bukan ahli agama sy hanya belajar b.arab dan mengajarnya serta cuba menjadi orang yg faham agama dan mempraktikkan agama semampu mungkin.

Harta, anak, pangkat semua adalah ujian dari Allah. Allah dah sebut dalam al-quran. Allah nak tengok macam mana hambaNya bila ada anak yg ramai yg dibanggakan, harta bertimbun dan pangkat serta darjat yg dikecap, bagaimana kita menguruskannya. Ada yg berjaya, ramai juga yg kecundang. Mohon sentiasa dikurniakan hati yg tawaduk, rendah diri dan tidak cepat marah. 

Oklah, memandangkan xlama lagi nk balik msia jd abiskan saki baki yg ada dlm peti. Menu humble kami...





-------

Baru je tengok emel unisza. Ada emel dari fajar ulung jual buku2 arab secara online. Aik, macam tau2 je sy pun tengah jual buku. Tapi kalau nak compare harga, buku2 yg sy jual banyak yg jauh lebih murah dari yg fajar ulung jual. Kih3. Kira harga kawan2 saje. Xamik untung banyak pun. Xpadan dgn duit minyak keta ke hulu hilir cari barang. Xpelah. Nampak gaya sebelum balik msia nanti sy kena borong sume buku2 arab akademik berkaitan bidang dan buku kanak2 di Jordan. Tengok harga fajar ulung jual gerun. Sy boleh dapat harga 20-30 hinggit lebih murah di sini. Belum lagi kalau beli di mesir, berganda2 lebih murah.


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...