Zalim.
Berapa kali rasa nak mencarut, kutuk dan maki sejak beberapa hari dan minggu yg lepas. Kamu memang zalim. Hanya Allah yg dapat membalas kezaliman manusia2 ini. Masuk kubur dengan perut yg busuk. Makan harta haram yg dah jadi sebahagian besar dari darah daging. Semoga Allah membalas setimpalnya atas setiap kezaliman pemimpin yg pecah amanah. Orang2 yg masih menyokong pemimpin yg zalim memang bodoh. Allah dah bagi mata hati untuk melihat dan menilai tapi masih memilih untuk menjadi buta dan dungu. Orang yg dungu menang bersorak, hapa pun tarak. Jawablah depan Allah nanti orang2 yg menyokong maksiat dan kejahatan para pemimpinnya...
---------
Hari ni kami keputusan eletrik lagi. Dari jam hampir 11 pagi hingga 7.30 malam berpanas2an. Telefon tuan umah dan jiran bertanyakan ttg keputusan bekalan elektrik. Rupanya berpunca dari suhu panas yg terlampau tinggi hingga menyebabkan bekalan eletrik terpaksa dipotong untuk sementara waktu. Cumannya tahun lepas xpernah berlaku keputusan eletrik seperti ini kata jiran Basma. Tahun ini kali pertama diuji begini. 41 darjah celcius. Lebih panas dari di Malaysia.
Bila terasa pengalaman berpanas2an di sini terasa ingin cepat pulang ke Malaysia menghabiskan saki baki pembelajaran di sini. Rasa tidak sabar untuk pulang ke tanah air. Rasa ingin lari dari mehnah yg ada di sini. Pepatah "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri' tidak tepat sama sekali apabila berada di sini. Akan ada yg kata nanti akan rindu pada jordan bila sudah pulang ke malaysia. Ya, kami akan rindukan jordan, tapi rindu untuk bertandang sahaja, bukan rindu untuk bermastautin di sini lagi. Bumi Allah luas. Banyak lagi 'daerah' yg perlu diteroka dan dijejak. Mohon Allah permudahkan impian kami.
Sudah 3 Ogos tapi belum lagi dapat mengesahkan khuttoh. Harapnya rabu atau khamis ini dapat bertemu musyrif utk perbincangan peringkat selanjutnya. Itupun kalau doktor ada memandangkan cuaca panas kebiasaannya xde yg akan berlama2 di tempat kerja.
Rasa bahang. Kipas di belakang pun xterasa anginnya. Kering tekak. Rasa perlu balik msia secepat yg mungkin. Tekad. Allah bantulah hambaMu ini. Ingin siap secepat yg mungkin. Ingin merasa angin yg lain pula. Ingin jejak bumimu yg luas. Allah permudahkanlah. Amin.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك