Thursday, 7 January 2016

Selsema dan batuk belum mau berakhir

Masuk hari ni cukup seminggu batuk, selsema, alhamdulillah ala kulli hal. Yang ini lebih baik dari sakit demam panas khamis lepas. Ya Allah sakitnya demam panas sampai ke kepala berdenyut-denyut. Dada depan dan belakang terasa seperti dibakar. Tambah sakit bila demam musim sejuk dengan suhu malam mencecah antara 3-8 darjah celcius, rasa seperti mahu pulang ke malaysia saat itu juga. Puas sudah duduk di negara beriklim sejuk. Mahu main salji pun sudah jemu akibat tak tahan dengan suhu yang sejuk.

Makan hari ini, nasi kuning gulai ikan makeral...



Makan semalam nasi minyak...




Nasi ayam suami masak beberapa hari lepas...


Bila dah sihat sedikit macam-macam rasa nak masak. Timbang semalam berat susut dalam 1-2 kg. Bukan lemak yang susut mungkin kehilangan air akibat demam beberapa hari.


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...