Semalam perasan lubna asyik tidur je. Hari ni pulak betul-betul demam. Bulan ni dua kali lubna demam. Cucuk paracetamol di buntutnya tadi, harapnya cepatlah kebah. Esok dijangka turun salji di beberapa manatiq di Jordan. Sejuk memang mencengkam tubuh. Duk di dapur tak boleh lama-lama. Sejuk sampai ke tulang.
Hari ni baru masuk 20 halaman fasol dua. Selagi tak siap yang ini memang tak boleh buat lagi fasol tiga walaupun dah ada gambaran dalam kepala. Minggu depan target jumpa musyrif hantar mana yang dah siap. InshaAllah. Masa makin suntuk terasa. Jangan ada yang kacau.
Makan pagi merangkap tengahari...
Pagi-pagi dah makan nasi. Senang. Tak payah pening nak piki makan tengahari. Perlu piki untuk makan petang merangkap makan malam sahaja. Lubna tak selera nak makan.
Mulai hari ini saya tekad nak amalkan minum cuka epal dengan air setiap pagi dan malam. Harap berjaya inshaAllah. Ada beberapa azam juga rasanya perlu ditulis di sini:
- nak istiqomah solat sunat sebelum subuh.
- nak amalkan cuka epal setiap hari.
- nak kurangkan pengambilan nasi & makanan berminyak serta gula putih.
- nak ajar lubna membaca dan menulis.
Sekarang dah berjaya kurangkan gula putih dalam makanan. Kami ganti dengan stevia & gula tebu. Banyak lagi diet makanan lama yang perlu diubah. Nanti kena senaraikan semula.
Sambung menulis.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك