Friday, 25 December 2015

طريقة إعداد المنسف بطريقة أردنية

Hari ni basma meluangkan masanya mengajar masak nasi mansaf di rumah kami...syukran basma. Akan sangat merinduinya bila dia terbang ke malaysia 6hb ini. :(.

Bahan-bahan utama mansaf. Kat malaysia mana nak dapat benda ni ye?...







Siap!

Bawang kuning cincang, lada hitam hancur, baharat qahwah hancur (pelaga rupanya), sumun baladi, ayam, jameed sail, laban, garam, beras bulat. Tu je bahan-bahannya. Mudah dan ringkas. Boleh dihias dengan daun parsley & kacang goreng. 

Cara masak nasinya: rendam beras 40 minit, letak minyak dlm periuk, letak beras, sedikit garam, tuang air panas, masak spt biasa, apabila telah kering, tutup periuk nasi dengan plastik & tutup penutup untuk elak wap air keluar dan masak sehingga kering. Siap!

Saya ada satu cerita tentang nasi mansaf ni. Dulu-dulu waktu zaman sekolah menengah pernah tertengok satu rancangan dokumentari berkisar tentang kehidupan masyarakat arab di Jordan. Dalam satu bahagian siri tu ada tunjuk seorang makcik arab masak nasi bernama mansaf. Sebab berkenan sangat dengan nasi ni maka saya hafal namanya supaya tak kan pernah lupa. Makcik ni masak menggunakan jamed yg ketul bulat macam bola. Tengok saja saya sudah tepegun dan terliur. Dibasuh jamed ni dengan air, direndam, dan diramas-ramas supaya menjadi cair dan boleh dimasak. Kambing seekor dibasuh dan dimasak bersama jamed yg telah cair. Segar dalam ingatan mungkin sebab belum pernah lihat masakan yang pelik tapi nampak sedap. Sejak dari itu, untuk beberapa hari saya berangan-angan masak nasi mansaf dan membayangkan rasanya yang seperti lemak-lemak susu. 

Waktu tu mana tahu rupanya ada rezki menjejakkan kaki ke negara arab bernama jordan. Bila saya sampai jordan pergi ke kedai dan lihat satu menu nasi bernama mansaf, hati jadi berdebar-debar. Ya Allah, inikah nasi mansaf yang saya pernah angaukan dulu? Saya hafal namanya dan masih ingat rupanya. Ya betul! Sape tahu rezki yang kita idam-idamkan rupanya Allah bagi beberapa belas tahun selepas itu. Hari ini saya sendiri yang betul-betul memasak mansaf. Oh, inilah  mansaf yang makcik masak dalam tv tu. Dua tahun lebih menetap di jordan, baru hari ini berpeluang memasaknya dengan air tangan sendiri. Terima kasih basma kerana telah merealisasikan impian ini. Allah memudahkan urusanmu dan menggembirakan hatimu dan suamimu serta anak-anakmu sepanjang berada di Malaysia nanti. Amin.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...