Tuesday, 5 July 2016

عيد الفطر

Pagi pertama syawal hari ini. Baju belum bergosok masih berkubang di atas katil, rasa tak percaya ramadhan sudah meninggalkan kita. Rasa perit jerih menahan dahaga dan lapar hilang sekelip mata. Allah pertemukanlah kami dengan Ramadhan lagi tahun-tahun hadapan dengan amalan-amalan yang lebih baik ameen.

Malam tadi melawat midah yang kematian anak yang dikandung sembilan bulan. قدر الله ما شاء. Nyawa yang dimiliki oleh Allah bila-bila masa ia boleh ditarik tanpa mengira usia dan masa. Kita manusia yang harus sentiasa bersedia. Mengingatkan hati dunia ini adalah sementara.

Allah sempena syawal yang mulia ini kurniakanlah aku hati yang baru. Sebuah hati yang bersih dari hasad dan dengki, dendam dan benci. Hati yang sentiasa mengingati akhirat dan melupakan dunia melainkan rasa tanggungjawab bekerja dan meraih harta untuk beribadat kepadaMU.

Lauk pauk berbuka puasa semalam dan untuk pagi raya...



Berbuka atas lantai ramai-ramai dua hari lepas...masak nasi kerabu bungkus dalam kertas nasi minyak...



Ok, mai menggosok baju.



No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...