Thursday, 21 July 2016

Hamil 7 minggu

Setakat hamil minggu ni xde alahan yang teruk. Cuma rasa malas yang berleluasa dan xberapa boleh bau tumisan masakan. Rasa malas tu ya Allah nak masak pun malas. Kejap2 baring atas katil. Bila rasa rajin sikit nak masak pegi dapur terus jadi malas semula. Nak kemas rumah sendiri di manir pun rasa malas. Plan nak basuh rumah, beli katil dan lain2. Tapi bila dah ngandung ni tiba2 jadi malas nak buat apa yang dah diplan sume tu.

Teruk tahun depan balik for good rumah di manir belum berkemas. Dengan kelahiran baru lagi, nak lapor diri masuk keja lagi, lubna lagi nak masuk sekolah. Bertindih2 nanti. Apa pun paling utama berharap dapat siapkan tesis tahun ni juga, dapat viva akhir tahun ni juga inshaAllah. Ameen ya Allah.

Ngandung kali ni xberapa ada mood nak gi jalan2 raya umah orang. Ada open house pun xberapa excited nak pegi. Kalau pegi pun makan gitu2 aje. Kalau x sebelum ni pantang dengar open house, jamuan makan melompat2 nak pegi. Bertong2 makan. Kelakar betul.

Yang pasti bila balik jordan semula akan rs menyesal sebab xmakan puas2. Kihkoh.

Kelas untuk data tesis tinggal lagi 2 minggu. Leganya kalau dh habis ni. Nak kena semak rekod2 ujian dan start smula study spss. Moga Allah mudahkan jalan ini. 



No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...