Wednesday, 4 January 2017

Kisah viva PhD saya قصة يوم المناقشة

Untuk tatapan akan datang mahu bercerita sedikit proses viva PhD saya di sini:)

Alhamdulillah pada 3 Januari 2017 Allah telah merezekikan saya untuk viva pada jam 12 tengahari waktu Jordan bertempat di qoah 3, mabna riasah, WISE Uni. Alhamdulillah rezki yang maha hebat saya berjaya viva tiga bulan sebelum tamat cuti belajar rasmi.

Sehari sebelum viva saya perlu mengambil robe untuk empat panel lajnah munaqosyah (viva) dan sehelai robe untuk saya. Perlu ambil di qism lawazim iaitu menyerupai sebuah makhzan jamiah. Tinggalkan hawiyyah dan iqomah dan boleh membawa pulang robe dan perlu digosok semua sekali sebelum dibawa ke viva pada keesokan hari.

Malam sebelum viva saya tidur awal. Macam biasa tabiat saya bila ada imtihan sehari sebelum tarikh saya akan stop membaca dan bersantai-santai hik3. Entahlah mungkin sebab untuk mengelakkan stress dan waktu itulah perlukan persediaan mental sebelum menduduki sebarang imtihan. Jadi segala apa yang dibaca tidak akan lagi masuk dalam kepala saya. 

Hari kejadian kami keluar ke jamiah jam 11.20 lebih kurang. Sampai sahaja saya menghubungi Muhammad Rubaihat untuk mendapatkan nombor qoah memandangkan ada juga pelajar lain yang akan viva juga di qoah berdekatan. Oh melihatkan pelajar-pelajar arab lain terasa kerdilnya diri. Hebat juga persediaan diaorang untuk bilik viva masing-masing. Dengan robe panel siap diiron dan digantung dalam plastik. Saya pulak lepas iron robe lipat saja dan terus masuk dalam plastik kih3.

Sempat mengintai sebuah bilik viva lain siap dengan alas meja merah, bunga bungaan dan makanan huhuhu. Meriah betul arab menyambut hari viva. Saya pula? Pasti sungguh ringkas berbanding dengan arab. Takde banner yang ada ialah sejadah sebagai alas meja dan sedikit kudapan huhu. Ini persediaan sebelum viva bermula....


Terima kasih abang dan lubna kerana menolong hehe...


Siap tartibat bagai mengambil gambar kenangan. Dalam hati ini mimpi ke realiti?Jurufoto lubna ulya...



Sepanjang viva tiada orang luar yang boleh masuk. Jadi suami dan anak pulang sebentar ke rumah. Tinggal saya dan empat panel. Cuak juga rasa macam nak dihukum bersalah je hihi. Tak dapat ambil gambar ketika munaqosyah. Mahu doktor baling dengan kasut nanti.

SAAT MUNAQOSYAH

Munaqosyah dimulai dengan ucapan dari musyrif saya sendiri selaku rois lajnah atau chairman. Musyrif tidak akan menilai saya pada hari tersebut hanya mentadbir urusan kelancaran sesi viva. Kemudian saya diminta untuk menyampaikan sedikit ringkasan dalam masa 10 minit tentang utruhah saya. Yang ni memang saya dah bersedia siap dengan muqaddimah, ringkasan fusul dan mulakhos bi shaklin mujaz. Alhamdulillah masih bertenang di sebalik debaran. 

Sesi viva dimulai dengan komentar dari Prof Dr. Adeeb. Rasa lega dengan taujihat dari doktor ini. Siap dengan sisi positif dan negatif utruhah. Kadang-kadang doktor minta saya baca beberapa ayat dan minta penjelasan ringkas atau cari kesilapan ejaan. Dari satu sofhah ke sofhah doktor belek. Alhamdulillah tidak terlalu banyak komentar berat.

Seterusnya Prof Dr.Toha pula. Giliran doktor ni kami terus dibawa ke sisi negatif utruhah. Pung pang pung pang macam kena tembak di sebalik senyuman doktor selang seli dengan komentar. Takpe saya terima dengan qalbun munfatah walau dalam hati rasa tidak setuju dan sedikit bengkak kihkoh. Ada beberapa nuqtah yang perlu dirombak membuatkan dada saya berombak-ombak berdebar bimbang kalau-kalau perlu melakukan ta'dilat jauhariyyah.

Gitu gini tiba pula giliran Dr. Ayasiroh. Tengok muka doktor sepatutnya saya rasa tenang tapi bila doktor buka mulut lain pula jadinya kih3. Dengan doktor Ayasiroh saya pernah belajar dengannya beberapa kali dan mendapat markah yang sangat baik dan komen yang memberangsangkan. Tapi kali ini dalam sesi viva doktor lebih banyak menyebut sesi negatif yang ada. Bertambah bengkak pula rasa hati huhu. Lebih-lebih lagi bila doktor persoalkan kenapa markah qabli dan ba'diy untuk ikhtibar tahaddus lebih kurang. Saya cuba menjawab tapi dipotong pula oleh doktor. Walaupun viva merupakan sesi defend tesis kita tapi kadang-kadang ada panel yang tidak mahu mendengar jawapan kita jadi angguk setuju sajelah kihkoh. Sempat saya kerling musyrif memberi isyarat supaya cool dan tidak memberi sebarang respon suara kihkoh. Dan beberapa soalan yang saya rasa bernas dari doktor  yang perlu saya sertakan jawapannya dalam utruhah nanti.

Pendek kata, ada beberapa point yang disebut panel untuk ditambah sebenarnya saya dah letakkan sebelum ni tapi musyrif minta saya buang. Alhamdulillah nasib baik saya tak buang lagi file-file untuk setiap fusul yang lama. Takut jadi case macam nilah perlu ambil semula hehe.

Dalam jam 1.30 siap viva saya diminta keluar dari bilik munaqosyah supaya para dakatiroh dapat berbincang natijah viva saya. Cuak dan berdebar rasa down sangat waktu ni. Rasa macam tak lulus sahaja. Buka pintu keluar eh nampak muka kak shila dan u.ghazali menunggu di luar. Rasa suka tapi  berdebar pula bila tak nampak kelibat suami. Memandangkan sesi viva kononnya bermula jam 12-3pm jadi saya dan suami assume akn habis dalam masa dua jam. Kononnya suami akan datang semula dengan anak dalam jam 1.45. Tup-tup,1.30 dah siap berhuhuhulah saya sekejap risau kalau suami tak sempat hadir mendengar natijah (padahal tak tentu lulus ke tak kihkoh). Saya call suami bagitau cepaaaat. Boleh pulak suami cakap takpe kalau tak sempat minta k.shila ambilkan gambar. Ish kita nak dia ada sekali bergambar kihkoh.

Seperti yang dijangka perbincangan doktor untuk natijah viva saya dalam masa kurang dari 10 minit saje. Dengan hati yang bengkak dan cuak suami belum sampai saya masuk semula dalam qoah bersama k.shila dan u.ghazali yang dah bersedia dengan henpon masing-masing untuk merakam video dan gambar kihkoh. Mujurlah ada diorg kalau tidak mesti saya lagi sedih. Cuak sangat masuk qoah semula tengok para dakatiroh muka masing-masing tiada senyum. Rasa mahu menangis dan terlintas dalam kepala gagalkah saya????

Musyrif membaca detail pada kertas di tangannya satu persatu. Sampai pada bahagian i'lan natijah dalam hati saya kuat berdoa ya Allah bantulah aku untuk lulus! Bla bla yang saya dengar najihah bi ta'dilat tofifah.....ya Allah alhamdulillah. Doktor pun tepuk tangan manakala Dr.Toha pun terus ucap mubarak! Rasa terkejut pandai betul para doktor berlakon. Kihkih. 

Mujur k.shila dan u.ghazali ada merakam sesi i'lan natijah. Terkilan suami belum sampai. Bila musyrif panggil bergambar haaaa baru suami sampai. Ya Allah leeeega sangat tengok muka lubna berlari masuk dan muka suami yang tercungap-cungap kihkih. Para doktor pun tanya min had min had confuse diorg. Hai binti wa hai zauji, mumkin nusuwwir ma'an kata saya. Yalla tafaddol! Tergelak Dr.Toha dan musyrif tengok lubna over ceria.

Alhamdulillah 'ala kulli hal..





سأكمل القصة مرة قادمة إن شاء الله.


4 comments:

  1. terbaik kak salwa. baca citer akak rasa macam skrg duk di tobarbur je. sambil gelak2. hihi. alfu mubarak akak! doakan midah ngn amni pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kui3..syukran midah. InshaAllah selamat menggenggam PhD juga buat midah dan master buat amni!.

      Delete
  2. wahh, seronoknya rasa.

    Wahh, seronok baca...

    Tahniah Dr Salwa!!!

    Selamat pulang kembali untuk berbakti di sini dan berkongsi ilmu dan pengalaman dengan kami yang masih terkial2 di sini huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah baru perasan komen firdaus ni..sorii..huhu..alhamdulillah bila dikenang semula kelakar pula kui2. InshaAllah tak lama lagi giliran firdaus pulak mencipta kenangan dan liku-liku phd hihi

      Delete

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...