Tuesday, 24 January 2017

Mendambakan kerehatan...

Jam 5.40 pagi semalam dah turun ke dapur membantu suami siapkan tempahan makanan untuk sebuah program di Amman. Tak banyak dalam 29 bungkus nasi dapatlah menambah duit poket suami  di sini...


Caj 1.50jd sebungkus bersama harga tausil ke wasat balad. Antara khibroh yang kami akan rindukan nanti.

Selesai tausil tempahan dalam jam 9.30 menuju ke jamiah saya pula untuk urusan baroah zimmah di qabul wa tasjil. Alhamdulillah berpeluang untuk meneruskan kehidupan di sini sehingga saat melahirkan. Penat bercakap dengan arab macam ayam dengan itik bila berlaku pertembungan dua bahasa arab pasar dan standard. Ya Allah capek sungguh belajar bahasa Arab.

Dekat jam 11 pagi pula k.shila mesej ajak ke Mafraq menghantar nuskhah tesis kepada prof dr Adib. Ya Allah penat belum habis. Jam 4 petang selepas selesai urusan kami sampai di rumah semula. Di rumah prof...



Bunga cinta dari suami buat hati terasa dibuai-buai. Terima kasih abang.

Apa yang saya mahu sekarang ialah sebuah kerehatan. Mahu berehat dari asakan urusan dunia. Walhal saya sedar tiada kerehatan abadi melainkan selepas tamatnya sebuah kehidupan dunia.



No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...