Friday, 17 February 2017

Dah pertengahan shahr febroyir...

Makan minum, makan minum pejam celik pejam celik dah masuk bulan dua 2017. Cepatnya masa berlalu. Masuk bulan enam umur genap 33 tahun. Rasa tua dan tubuh pun makin menua. Nafsu saje belum tua-tua.

Kalau dihitung-hitung lagi tiga minggu tarikh due date. Perut makin maju ke depan. Baby pulak semakin mengeras dan sejak semalam kurang aktif bergerak. Berdoa sentiasa dapat bersalin normal dan diringankan rasa sakit bersalin dan selepasnya. Rasa ngeri bila terkenang kesakitan bersalinkan lubna dulu. Fobia sampai dua tahun huhu.

Kali ini baby lelaki tak tahu pula apa ujian dan fasa kesakitannya. Semasa kelahiran dan selepas kelahiran sering menghantui perasaaan. Sebab itu kalau boleh nak selesaikan semua perkara sebelum bersalin. 

Urusan kargo barang banyak dah selesai tapi masih ada barang-barang perlu dikargo. Urusan kereta tadi baru bercakap dengan saudara Yasin harap dia boleh bantu kami jual atau tinggalkan kereta tanpa sebarang bayaran. Hmmm risau pulak pasal kereta ni. Risau kena bayar banyak beribu-ribu semestinya. Urusan di jamiah pula perlu ke alaqot ammah hantar iqomah dan idarah maliyah serta mendapatkan sijil senat di qabul wa tasjil seminggu sebelum balik Malaysia dalam keadaan masih dalam pantang. Urusan bersalin lagi huhu. Selepas bersalin perlu daftar kelahiran, ke kedutaan dapatkan passport kecemasan untuk baby nanti untuk menempah tiket pulang. 

Kadang bila citer dengan orang takde yang faham rasa stress yang dirasa. Sebab itu jarang nak citer dengan orang lain. Dia kena rasa sendiri baru tahu. Bila kita tak pernah rasa ujian-ujian yang orang lain rasa maknanya kita kena muhasabah diri yang kita mungkin tak mampu buat atau lebih teruk kalau ditimpa ujian yang sama.

Kadang tengok orang diuji dengan kehilangan anak sebagai contoh, ada yang mencebik tengok orang tu bersedih macam hilang akal dan iman. Padahal kita patut malu Allah tak uji lagi kita macam tu sebab Allah tahu kita lemah dan kalau diuji macam tu entah-entah kita lebih teruk keadaannya. 

Selagi kita hidup selagi tu kita takkan sunyi dari ujian. Ujian yang paling saya takut ialah ujan kehilangan mak abah, suami, anak dan ahli keluarga tersayang. Ujian sakit yang teruk. Ya Allah ringankanlah setiap ujian yang Kauberikan. 

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...