Monday, 20 February 2017

Jemput makan

Sabtu lepas jempur rakan-rakan seangkatan menjamu tengahari di rumah bersama keluarga masing-masing...




Lauk-pauk campur...


Tunggu walid buat rawatan akar gigi di hospital Jordan dengan pelajar tahun lima kyang buat praktikal amali klinikal. Free of charge:)...



Hasil seni lubna...



Pagi tadi ke EMJ minta tasdiq terjemahan surat  nikah untuk kegunaan tasjil mawlud nanti. Capek  bila makin sarat ni. Kandungan dah nak masuk minggu 38. Mengah-mengah.

Pagi esok ada murajaah di klinik. Rabu pegi EMJ semula ambil dokumen tadi. Nanti nak telefon KPT tanya pasal yuran dah bayar ke belum. Emel langsung dah tak dibalas. Apa kena dengan manusia-manusia yang makan gaji tapi takde dedikasi? 

Lepas tu nak telefon unit latihan cuti panjang UniSZA pun ada emel yang belum berbalas.

Baik KPT mahu pun UniSZA time suh abiskan phd tu berkobar-kobar antar emel peringatan sana sinun. Bila kita dah habis tanya urusan2 yang berkenaan liat mahu dibalas emel. Bila kita belum habis belajar sibuklah bertanya konon2 cakna, bila kita dah abis dengan jayanya senyap jah macam takde ape-ape. Bertanya pun sebab nak mengecam. Hipokrit.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...