Alhamdulillah masih berpuasa penuh. Anak sulung 8 tahun dah mula belajar sahur dan puasa juga. Tapi tiga hari saje puasa penuh setakat ini. Itu pun dah cukup bagus bagi ummi dan walid.
Hari ni nak bercakap tentang desas-desus yang meminta supaya penjawat awam dipotong gaji juga seperti pekerja swasta dan sendiri sepanjang PKP berlangsung.
Sebenarnya dari sudut lain memang nampak tidak adil kerana penjawat awam yang bekerja dari rumah mendapat gaji penuh. Tetapi kalau difikir semula bukan semua penjawat bekerja dari rumah. Hanya sebahagian sektor sahaja.
Dan sebenarnya gaji pejawat awam ni tidaklah besar. Dan jumlah pun dalam 1.6 juta sahaja dari 33 juta rakyat Malaysia. Ramai yang masih berstatus B40. Paling tinggi gaji pun tahap professor agaknya dalam 20-30k itu pun gaji pada usia yang sudah agak senja. Tak mau ulas gaji menteri dan seumpamanya sebab tu masuk golongan lain yang tidaklah begitu ramai berbanding rakyat marhein. Tak sama seperti orang bisnes sungguh-sungguh jadi jutawan usia belum cecah 30 tahun. Pendapatan bulanan puluh ribu sebulan tu biasa.
Jadi penjawat awam ni nampak saja macam senang hakikatnya berkira-kira juga bila berbelanja termasuklah saya. Tak ada yang rumahnya mewah bak istana kecuali kalau pasangannya bisnes besar atau kedua2nya pejawat awam bergaji besar (pendapatan isi rumah melebihi 20k sebulan kalau di Terengganu dikira mewah pada pendapat saya) ditambah pulak bisnes sampingan. Ada tapi tak ramai.
Kebanyakan pensyarah dan pensyarah senior di universiti saya bekerja pun rumahnya sederhana sahaja. Bahkan rumah dan kereta pelajar lebih mewah dan canggih dari pensyarah. Janganlah dengki dengan penjawat awam. Kami orang biasa juga. Rumah peniaga-peniaga keropok lekor sohor, peniaga nasi ayam lebih jauh cantik dari rumah kami. Kalau bukan kerana gaji yang penjawat awam terima siapa lagi yang nak membeli makanan warung dari penjaja di tepi jalan hik2.
Suami saya orang bisnes juga tapi skala kecil sahaja. Kalau besar alamatnya tak bekerjalah saya sibuk menguruskan anak dan rumahtangga sendirian 😂. Saya lebih selesa begini. Belum mampu berjauhan dengan suami menguruskan rumahtangga sendiri andai dia mahu melebarkan sayapnya. Alhamdulillah cukup dengan apa yang ada.
Oklah, macam biasa kongsi gambar makanan aktiviti wajib berblog. Menu iftor kami...
Boleh tahan berbelanja di shopee sepanjang PKP ni. Airfryer, vacuum, articial plant, mainan anak, barang komputer dan lain-lain. Dari berjimat jadi sebaliknya😂. Tapi beli yang harga sederhana sahaja. Bukan jenama yang mahal tapi masih dapat berfungsi dengan baik.