Terdetik nak buat kiraan perbelanjaan sepanjang PKP di rumah. Adakah lebih berjimat atau terlebih belanja. Semak balik history pengeluaran duit, pembayaran kad kredit dan dapat trace secara kasar anggaran belanja bulanan.
Saya start kiraan pada 15 Mac sehingga 15 April 2020. Hasilnya sebanyak RM1005 pembelian dan pembayaran menggunakan kad kredit telah dilakukan dan sebanyak RM1606 adalah pengeluaran wang di ATM dan pembayaran to third party telah dilakukan melibatkan pembeliaan harian, bayaran zakat, SSPN, TNB, internet, sedekah, yuran sekolah anak dan beliaan secara online transfer.
Jumlah perbelanjaan bulan ini sepanjang PKP secara kasar ialah RM2611. Jumlah perbelanjaan ini tidak termasuk potongan pinjaman rumah, pinjaman peribadi untuk tanah dan kereta, PCB, TH potongan angkasa dan takaful insurans sebab yang ini dipotong secara automatik setiap bulan.
Kesimpulannya, sepanjang PKP ni berlaku penjimatan kurang lebih RM2000 berbanding sebelum PKP untuk keluarga saya. Alhamdulillah. Antara faktor penjimatan perbelanjaan isi rumah kami ialah kerana:
- Kurangnya penggunaan minyak kereta di mana sebelum ini kadar bulanan minyak kereta lebih kurang RM450 sebulan.
- Tidak keluar rumah jadi tidak menyinggah membeli makanan pelbagai.
- Tidak membeli barangan dan perkakas dalam rumah.
- Tidak membeli di pasaraya besar seperti mydin mall. Sepanjang PKP ni hanya sekali suami pergi dan habis lebih kurang RM200.
Tapi jumlah ni masih agak kasar dan belum terperinci. Bulan depan saya akan perincikan lagi perbelanjaan supaya lebih tepat dan jelas ke mana wang dibelanjakan sepanjang PKP di rumah.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك