Pagi semalam tukang jahit langsir yang kami tempah datang memasang langsir dan bidai setelah hampir berminggu tertangguh. Peniaga dan pegusaha pun gusar nak keluar rumah andai ditahan polis kerana urusan tidak essential. Mujur rumah kami jarak tidak melebihi 10km. Tukang jahit ni Ida namanya duduk di Tepoh. Yang datang mengukur dan memasang ialah suaminya.
Langsir dan bidai siap dipasang..
Kos semuanya RM768. Jauh lebih murah dari kedai yang kami survey di Durian Burung. Bila difikir langsir dan bidai yang saya pilih melalui whatsapp lebih cantik dari tengok katalog yang saya pernah order untuk ruang tamu dan makanðŸ˜.
Tulah bila dah katalog depan mata, jadi rambang mata semua nak. Tapi bila melalui whatspp pemilihan pun cepat dan malas nak memilih lama-lama sebab gambat pun tak banyak berbanding katalog buku.
Ini pulak hasil lepas kemas dapur pagi tadi saya tukar almari dapur dan ambil troli untuk letak laptop. Hihik. Troli ni saya nak letak barang baby nanti. Boleh tolak ke mana-mana, almaklumlah mesyuarat dan bengkel online hampir tiap minggu.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك