Saturday, 6 June 2020

Servis kereta

Kos servis kereta untuk bulan Jun ni berjumlah RM323 di pusat servis toyota. Yang peliknya katanya bateri dah nak kong. Padahal baru ditukar pada 5 Ogos 2019. Mujur saya catat di blog tarikh tukar bateri kereta. Hmmm...suami kata sebab pkp keta tak banyak bergerak bateri cepat kong kata orang toyota.

Catatan di blog banyak bantu saya merekod urusan harian dan menjadi rujukan bila perlu. Senang kerja. Harga barang yang dibeli pun letak di blog. Selalu tak ingat berapa dah kos sesuatu barang bila ditanya.

Oklah beli di Ikea wakaf mempelam kabinet tv harga RM330...

Beli aircond haier 1hp RM729, kos installation RM150. Suka sebab keluar angka suhu pada ekon.

Tiap bulan saya akan peruntukkan sejumlah 1k untuk barang dan perkakas rumah. Saya tidak akan sentuh duit simpanan untuk beli perkakas rumah apatah lagi buat loan. Ini adalah antara asbab berjaya dapat menyimpan sehingga 100k. Sejak balik dari Jordan tahun 2017 saya dan suami lengkapi barang rumah dengan belian secara berdikit-dikit setiap bulan.

Persiapan untuk sambut kelahiran anak ketiga inshaAllah...


Tambah sikit-sikit yang baru. Memang saya ada simpan baju newborn yang masih elok ketika lahirkan anak sulung 8 tahun yang lalu. Jimat duit ummi walid hehe.



No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...