Dalam RM2100++ bagi dividen yang diperolehi untuk tahun lepas. Alhamdulillah berkat menyimpan hasil seperti ini yang diharapkan. Nak menambah pendapatan dengan bisnes nasi arab tak dapat buat selalu sebab kekangan tugasan hakiki dan keluarga serta kesihatan diri.
Jumlah tertinggi dividen TH yang pernah saya perolehi lebih kurang hampir 4k. Masa tu dividen lebih kurang 6%. Dan dividen paling rendah saya terima ialah ketika PH memerintah dengan kadar 1.25% sahaja 😂 dan jumlah yang diperolehi ialah lebih kurang RM1100 Huhu. Walhal tahun itu jumlah simpanan adlh lebih besar berbanding tahun sebelum. Ini yang dikatakan rezeki dan takdir.
Walau pun ada yang kata dividen TH tak tinggi tapi sy masih konsiten menyimpan. Sekurangnya selepas 10 tahun membuka akaun TH jumlah bonus yang saya telah perolehi adalah belasan ribu ringgit. Dan dari situlah saya gunakan untuk renovate rumah pada tahun lepas hihi. Ditambah dengan simpanan yang sedia ada.
Alhamdulillah walau tidak mewah tapi lebih dari cukup. Berkira-kira untuk menambah potongan bulanan untuk diri sendiri dan anak2. Perlu ke ofis bendahari nanti untuk ambil borang arahan potongan gaji bulanan.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك