Sunday, 14 March 2021

Penat.. lesu... macam-macam

Penat dan stress dengan kerja dan kelas. Kerja yang ada due date tapi bila sampai tarikh akhir rupanya tangguh pula. Begitulah hambatan dunia. Tak kan selesai sehingga mati.

Malam ini dikejutkan dengan kematian seorang pensyarah tempat saya bekerja. Isterinya bekas pensyarah di fakulti saya juga. Rasa terkejut. Meninggalnya kerana heart attact. Usianya belum mencapai 50 tahun. 

Minggu ni saya rasa penat sangat. Penat otak berfikir tak sudah. Urusan rumah lagi. Burn out. Dengar kematian rakan pensyarah rasa dekat sangat dengan waktu sendiri. Stress dengan kerja punca pelbagai penyakit.

Nak ambil cuti tanpa gaji. Rasa nk lari dari urusan kerja. Nak merantau jauh atau sambung postdoc luar negara. Bagaimana untuk gembira ketika bekerja kalau momentumnya sudah semakin hilang.

Dunia ni bila dikejar dan dapat pun tetap rasa tak cukup dan terkejar2 lagi. Akhirnya rasa bahagia yang sebenar adalah berteleku atas tikar sejadah dan muhasabah diri depan Allah. Melihat wajah anak2 yang polos dan mencium mereka. Mempunyai pasangan yang menyamankan. Itulah sebenar2 rasa bahagia.

Bercakap tentang pasangan, rasa tidak puas hati pada pasangan kerap kali terjadi. Bila stress bekerja dan pasangan tidak memahami serta tidak tahu menyamankan hati, stress akan jadi berganda.

Entahlah. Penat mahu berfikir.

Menu hari ini. Sekali masak sahaja. Itu pun lewat petang. Pagi beli nasi minyak. Tengahari makan kopok lekor dan roti. 

Rasa malas memasak. Entahlah. Rasa tak seronok untuk hidup kadang2. Huhuhu. 

Kesian anak2 kebosanan tak ke mana. Lalu dekat playground berhenti sekejap bagi main 10 minit. 


Rasa tak tahu nak gi jalan mana dah. Pi mai tang tu jugak. 

Maqlubah ada rakan order setalam dan untuk 2 orang makan. Tak berapa jadi seperti sepatutnya hua2... 

Sape nak order boleh mesej. RM38 je setalam tuk 4 orang makan. Caj hantar RM2 sekitar K. Terengganu. Harga promosi. Tak lama lagi akan dinaikkan harga hehe. 


Oh ya, setelah 7 bulan melahirkan akhirnya period pun datang seperti sedia kala pada 11 Mac baru ni. 

Beli mini microfon RM18 harganya. Oklah. Beli di shopee. 






No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...