Thursday, 27 May 2021

Tukar cooling coil kereta...

Alhamdulillah selesai juga masalah kereta kami setelah diganti dengan cooling coil baru. Sebab masih ada warranty jadi tak perlu bayar. Tapi kelakarnya Toyota kata kalau nak cuci semua tambahan dalam RM800 cajnya. Ye ke tidak perlu cuci entahlah.

Fikir dan bincang dengan suami rasanya tak perlu spend sampai RM800. Lagi pun tak berapa yakin dengan tukang servis di sana. Caj tinggi tak padan dengan kualiti kerja.

Jadi kos major servis kali ini ialah RM1043 sahaja. Tertinggi pernah kena setakat ini. Tinggal setahun saja lagi pastu akan ke bengkel biasa saja untuk servis.

Jadi merasalah kami tanpa kereta sendiri selama 9 hari. Mujur pinjam kereta kancil abah Khamis pagi mak abah datang dengan dua buah kereta seawal pagi sebelum roadblock bermula. Dan mak abah balik lalu jalan Bukit Kor yang xde roadblock. Berdebar sungguh. Pengorbanan mak abah bila anak2 berada dalam kesusahan. Kita sebagai anak sering terlupa. 

Suami guna maxim service untuk pengangkutan ketika balik dari pusat servis (kadar caj RM12) dan ambil semula kereta (RM11). Oklah ada juga 'teksi' yang sanggup masuk kawasan kampung kami ni hihi. 

Ok, ini menu beli dari lauk kampung Haliza sekitar Manir. Popular kedai ni memandangkan kedudukannya tepi jalan besar....


Beli bungkus semuanya RM30. Ok kan! Tapi rasa lauk dan sambal belacan agak manis. Huhu. Kalau xde manis rasanya lebih ok. Oh, ayam goreng tu suami tambah goreng tuk anak-anak. 

Lauk macam ni bila teringin baik beli sahajalah sikit2. Tak padan nak masak sebab anak2 makan kuah saja. 





Tuesday, 25 May 2021

Makeover bilik 'stor'

Selesai yang belum sepenuhnya selesai. Apa pun alhamdulillah. Lebih kurang 3 hari juga nak settlekan barang-barang dalam ni. Cadang nak pasang aircond hujung bulan nanti dan cat serta letak carpet. 

Sebelum...

Selepas...
Masih kurang berseri. Bilik ni akan jadi bilik anak lelaki beberapa tahun lagi. Jadi sekarang jadi bilik study anak-anak, bilik mainan dan buku. Bilik tamu yang nak singgah solat atau berehat sebentar. 

Barang dalam stor saya dan suami letak di ruang tambahan dulu. Tengah berfikir nak tambah ruang stor pula. 

Tapi tiap kali memikirkan Besut perancangan jadi tergendala. Andai tiada istilah pindah Besut memang saya akan buat major renovation pada rumah memandangkan ruang yang ada adalah terhad dan anak-anak semakin membesar. Suami pula kerja ya adalah dari rumah. Satu bilik dah jadi ofisnya merangkumi pelbagai spare gajet dan peralatan komputer. 

Ruang tambahan baru ni dah berubah wajah. Jadi tempat stor pulak huhu. Meja kerja saya pun dah masuk dalam bilik tidur. Berubah sana sinun. Bilalah nak settle down... 



Meja kerja masuk bilik tidur... 


Simple saja yang penting mudah saya nak vacum dan lap. Sejak ada baby baru hampir setiap hari vacum rumah. Baby dah pandai merangkak dan mengutip habuk masuk dalam mulut. Kena selalu pastikan lantai bersih. Lagi pula ummi tak boleh pijak lantai yang ada bendasing atau habuk. Tempat lain berhabuk takpe lagi, tapi jangan lantai. Kalau anak2 makan tumpah atas lantai berterabur lagi memang boleh jadi singa kui2. 






Saturday, 22 May 2021

Tempahan nasi mandy dari rakan suami...

Baru-baru ini dua rakan suami menempah nasi arab mandy. Masing-masing satu talam...


Gambar adalah kiriman dari rakan suami yang menempah. Kali ni saya tambah kentang juga. Saje nak bagi kelainan harap menepati selera. 

Setalam ni RM38 sementara harga promosi masih ada. 

Ok bermula semalam saya dan suami mula mengemas bilik stor tak rasmi. Nak jadikan bilik ni sebagai bilik anak teruna kami dan bilik belajar sekali. Perlu cat baru pada bilik untuk nafas baru dan cari penempatan baru utk barang pertukangan dll... 

Dah siap nanti sy tunjukkan gambarnya. Mungkin seminggu lebih juga baru siap huhu. Rumah sedang berantakan di luar setelah suami memunggah kotak-kotak lama yang disimpan. Banyaknya barang. Rumah kami ni ada empat bilik sahaja. Sebuah bilik khas untuk ofis suami dan barang-barangnya. Tinggal tiga bilik sahaj ayang boleh digunakan sepenuhnya.



Friday, 21 May 2021

Bercakap tentang simpanan kewangan dan hutang...

Bila difikir-fikir sebenarnya hutang ini tidak semuanya buruk. Patutlah ada istilah hutang baik hutang buruk. Ia bergantung kepada situasi masing-masing ketika membuat hutang. Susah jug anak tulis kerana ia agak subjektif.

Sebagai contoh, andai kita membuat pinjaman kereta dengan bank sesuai dengan gaji dan komitmen kita, maka sebenarnya ia adalah hutang yang baik. Kerana kereta sebenarnya bukan satu aset dan nilainya akan semakin susut. Jadi sekiranya kita membeli dengan cash dan bayar sepenuhnya sebenarnya kita tidak untung pun berbanding kalau dengan cash tadi kita melabur atau simpan di mana-mana untuk mendapatkan dividen atau keuntungan seperti di TH. Dan sebenarnya bank tidak mengambil keuntungan yang tinggi dengan loan kereta berbanding personal loan. Jadi bukan semua hutang adalah buruk.

Begitu juga dengan hutang sebelum pencen. Sekiranya selepas membuat kiraan usia, waktu pencen dan potongan bulanan sekiranya ingin membuat loan, adalah lebih baik untuk memohon loan sebelum pencen daripada membuat loan selepas pencen yang kebanyakan bank akan tolak atau memerlukan penjamin. Sukar untuk mencari penjamin dan kita sendiri pun tak mahu menjadi penjamin kepada pinjaman orang lain. Maka di sini, keperluan untuk membuat pinjaman bagi perkara penting seperti membuat rumah lain atau renovate rumah (sesuatu yang bermanfaat) adalah hutang yang baik pada pandangan saya yang kasar ini.

Sekiranya kita 0 hutang sekalipun tetapi keperluan dan keinginan tidak dapat dipenuhi kerana tidak mahu berhutang maka bagi saya itu adalah satu sifat bakhil pada diri dan rasa stress akan datang kerana rasa tidak selesa dan rendah diri kerana tidak memiliki apa yang disukai. Apatah lagi bila sudah berkeluarga sudah tentun kita inginkan keselesaan buat ahli keluarga tersayang.

Sebagai contoh tidak mahu membeli rumah atau kereta kerana tidak mahu berhutang. Maka bertahun menyewa rumah dengan anak bertambah saban tahun, nilai rumah setiap tahun semakin meningkat. Ketika kita berjaya mengumpul sejumlah wang untuk membeli secara cash akhirnya hanya mampu membeli sebuah rumah teres sahaja pada masa itu sedangkan keperluan adalah sebuah banglo. Begitu juga dengan kereta yang disewa hanya bila nak pulang raya (ada perunding kewangan yang cadangkan begini). Walhal kereta baru jenama tempatan yang murah ada banyak pilihan. Kenapa nak bertahan dengan keluarga dengan kereta 2nd hand yang selalu pulak rosak tak menentu? Kecualilah kalau kita memang tidak mampu, rumah sudah beli dan mungkin kereta cukup 2nd hand sahaja sehinggalah kewangan semakin baik. Jadi ini boleh diterima akal.

Jadi bukan semua hutang itu buruk dan sebaliknya. Hutang yang buruk tu biasanya terjadi bila loan melebihi perbelanjaan keperluan. Tak kisahlah nak beli rumah atau kereta murah sekali pun tapi kalau pendapatan adalah sedikit maka loan yang dibuat akan jadi buruk sehinggalah kewangan kembali stabil. Solusinya adalah sabar sehingga naik gaji tiap tahun atau cari pendapatan sampingan atau cari kerja baru dengan gaji yang lebih tinggi.

Apa pun tiap dari kita kena konsisten menyimpan. Anak-anak wajib ada simpanan sendiri. Paling kurang 1k setahun bagi setiap anak. Lagi banyak lagi baik. Separuh pun takpe lebih baik dari tiada. Apa-apa terjadi masa akan datang kita tawakkal sahaja yang penting ada usaha kita sebagai ibu dan bapa. Untuk diri sendiri pun sama, konsisten menyimpan sehingga setahun gaji. Lepas tu nak berbelanja lebih takde masalah. 

Ingat kita orang makan gaji, bukan orang kayangan yang ada bisnes juta-juta. Bahagia itu datangnya dari keperluan yang mencukupi dari sudut rohani, emosi dan fizikal. Tenang di hati datang dari minda yang tenang tidak stress memikirkan apa anak-anak dan pasangan nak makan esok lusa. Tenang untuk membuat urusan lain bukan memikirkan apa akan jadi andai kereta rosak dan di mana nak cekau duit kerana tiada simpanan kecemasan.

Order laksa dan laksam kuah putih

Teringin punya kisah. Suami forward nombor penjual laksa putih di K. Terengganu...


Order sekilo laksa kuah putih (RM22) dan lima batang laksam (RM5) kos antar RM3. Alhamdulillah sedaplah juga cuma kuah sedikit cair. 

Mee goreng kasar pagi tadi. Makan simple sebab petang nk makan laksa... 


Dah empat hari kereta di bengkel toyota. Servis berkala dan baiki aircond yang bocor cooling coil. Aritu saya ada tulis tentang isi gas di bengkel biasa. Tak sampai sebulan panas semula dan bila cek ada bocor rupanya. 

Maka cek warranty masih ada. Jadi ke pusat servis Toyota dan minta cek serta tukar apa yang patut. Kos servis kali ini RM1040. Sudah 126 000 km empat tahun guna. Haaa banyakkan perjalanan kami. 

Sepanjang ketiadaan kereta ni kami pinjam keta kancil abah yang sudah agak uzur tapi masih boleh berjasa. Sekadar untuk buang sampah dan beli barang keperluan di kedai berdekatan rumah. PKP pula ni memang BDR sepenuhnya hingga 30 Mei dan mungkin sehingga Jun. Jadi mujur jugak hantar bengkel toyota minggu ini. Harapnya siaplah minggu depan. Janjinya sehari dua tapi kemudian kerana tiada stok jadi seminggu lebih pulak. Yang ni tak best kereta import. Kereta kedua rasa nak cari tempatan sahaja. Proton atau perodua. Dulu awal kerja saya pakai saga BLM xbanyak karenah walau pun tidaklah sesedap bawa vios tapi puas hati. Servis tak mahal. Makin lama makin murah dan spare part banyak. Oklah belajar dari pengalaman. Akan datang kena piki keta tempatan atau import andai rasa nak beli keta lagi.

Beberapa hari ni rasa kehidupan agak simple kerana tiada kenderaan untuk berjalan sana sini. Kalau tak tiap petang pusing kampung melihat suasana sekitar hehe. Nak naik kancil risau juga kami berlima dengan keadaannya agak uzur. Tunggu kereta siaplah nampaknya baru dapat jalan-jalan kampung.

Oklah ini menu semalam ke dua hari lepas. Tak ingat sudah... 

Saturday, 15 May 2021

Menu hari raya PKP 2021

Raya 2021 kali pertama di rumah sendiri. Alhamdulillah berjalan lancar dan tenang walaupun rasa sedikit janggal... 


Kemas ruang tamu yang simple dan sederhana untuk raya kali ini... 



Tidak ada pertambahan perabot dan perhiasan untuk raya tahun ini. Guna apa yang ada sahaja. Berkira nak cat bahagian dinding yang berwarna putih. Dulu saya suka warna putih semua. Tapi lama-lama rasa pucat dan hilang seri bila di dalam gambar. Maka beberapa tahun ni saya lebih suka dengan konsep mix and match. Risikonya kalau tak kena warna yang senada memang boleh jadi stress.

 Oklah ini menu sepanjang 1 hingga 4 syawal tahun ini...



Gulai tulang dan nasi minyak pada hari kedua...


Pulut kuning dan rendang ayam...



Tempahan nasi mandy semalam 2 talam... Hari ni ada lagi 2 talam tempahan... Setalam Rm38 boleh makan 4 - 5 orang. Caj hantar RM2 sahaja dalam KT dan KN...

Tuesday, 11 May 2021

Catatan harga

Vaksin baby 9 bulan RM105 (RM70 dicover oleh panel, lebihan RM35 bayar sendiri). Berat babay tak berapa naik. Pada usia 9 bulan 8.2 kg. Risau pula. Doktor kata umur setahun nanti harapnya berat naik banyak. Mungkn saya puasa susu pun drop dan baby tak berapa makan bubur nasi.

Insurans kereta untuk tahun 2021 ialah RM913 (tidak termasuk road tax kn tunggu bulan 6 ni sebab JPJ bagi pengecualian renew sbb covid). 

Bonus raya tuk penjawat awam tahun ini ialah RM500. Alhamdulillah. 

Order biskut raya 3 jenis shj dgn k. Ti. RM80. Buat makan sendiri shj. 


Banyak sebenarnya yang tak tercatat. Bila cari semula di blog ya Allah rupanya tak ingat nak tulis dulu. Dah susah nak buat rujukan sebab resit semua saya kumpul bercampur-campur dalam satu laci. Huhu.

Update:

Servis aircond 1hp overhaul RM150

Saturday, 8 May 2021

Bermalam dan iftor di rumah kakak

Khamis baru ni kami ke rumah kakak dan abang ipar di Dungun. Nak berbuka di sana dan bawa anak maik dengan sepupu2. Seronoklah anak-anak semua. Ummi seronok dapat makan masakan kakak. Simple tapi bertambah2 makan... 



Sedapnye air asam ni. Ada tauge goreng, kerisi goreng, ayam goreng, sup bebola, kerisi bakar. Menu iftor kedua saya minta air asam lagi dan kerisi bakar. Nikmatnya makan ramai2 sekeluarga. Menu macam ni yang saya dengan kakak selalu berangan nak makan sama2. Sebab para suami tak berapa lalu nak makan gini kalau di rumah sendiri hehe. 



Halaa 9 bulan

Sudah genap 9 bulan anak ketiga kami. Mulut bising. Gigi bawah sudah keluar 2 batang. Dah boleh berdiri sendiri tapi tidak lama. Pandai mengajuk gaya dan bunyi. Merangkak juga semakin laju. Esok nak cucuk di klinik inshaAllah.
Ok, petang tadi pengumuman tidak dibenarkan rentas negeri dan daerah bermula 10 mei hingga Jun. Alamak terkezut sungguh ni. Plan beraya di rumah mak nampaknya semakin hambar kerana kami duduk berlainan daerah walau hakikatnya bersebelahan. 😭. Keluarga kakak di Dungun pun nampak gayanya tak dapat berkumpul di rumah mak. Sejarah sungguh. Masing2 buat kali pertama beraya di rumah sendiri.

Sedikit terkilan. Tapi kalau ini yang terbaik kami redha. 😭.

Wednesday, 5 May 2021

Mansaf ayam makanan Jordan

Hari ni tekak teringin makan nasi mansaf ayam. Dulu rajin juga buat. Jadi resepi kali ini campak-campak saje. Harap sedaplah memandangkan belum waktu berbuka tak dapat nak rasa... 
Suami berbuka di luar hari ni dengan geng usrahnya di Duyong Marina Resort. Tak sabar nak tengok suami send gambar buffet kat sana. Kalau sedap dan menarik plan nak pergi ahad depan. 

Update gambar iftor suami di sana. Dewasa RM63, kanak-kanak RM33... 

Sedapnyee. 

Yang ini pula kek coklat saya beli dua bekas besar. Sebekas RM35. Potong dan isi dalam bekas kecil. Tsk sempat ambil gambar. Agihkan di rumah jiran-jiran terdekat. Seronok anak2 hantar makanan rumah orang. Ummi pun seronok kalau boleh hari2 nak masak bagi orang makan. Tinggal sikit untuk berbuka puasa petang ni... 


Ada sebekas lagi belum terusik. Hajat nak bawa ke rumah kakak esok inshaAllah iftor di sana. 

Ini gambar berbuka semalam. Order pizza hut...


Pekasam sotong try beli di shopee. 300gm RM10. Oklah kali pertama mencuba rasanya tak beli dah haha. Takdelah special sangat rasanya. Ada sebungkus lagi pekasam daging nanti next menu pulak. Gambar iftor dua hari sebelum... 


Ringkas saja menu kami. Ada baby kecil ni asal sedap dan kenyang sajelah. Tak macam tahun lepas macam-macam nak ada atas meja kalau boleh hehe. 

Ok ini pula sambal jawa saya buat minggu lepas makan dgn nasi putih. Anak2 bukan main suka... 








Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...