Sudah genap 9 bulan anak ketiga kami. Mulut bising. Gigi bawah sudah keluar 2 batang. Dah boleh berdiri sendiri tapi tidak lama. Pandai mengajuk gaya dan bunyi. Merangkak juga semakin laju. Esok nak cucuk di klinik inshaAllah.
Ok, petang tadi pengumuman tidak dibenarkan rentas negeri dan daerah bermula 10 mei hingga Jun. Alamak terkezut sungguh ni. Plan beraya di rumah mak nampaknya semakin hambar kerana kami duduk berlainan daerah walau hakikatnya bersebelahan. ðŸ˜. Keluarga kakak di Dungun pun nampak gayanya tak dapat berkumpul di rumah mak. Sejarah sungguh. Masing2 buat kali pertama beraya di rumah sendiri.
Sedikit terkilan. Tapi kalau ini yang terbaik kami redha. ðŸ˜.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك