Bila difikir-fikir sebenarnya hutang ini tidak semuanya buruk. Patutlah ada istilah hutang baik hutang buruk. Ia bergantung kepada situasi masing-masing ketika membuat hutang. Susah jug anak tulis kerana ia agak subjektif.
Sebagai contoh, andai kita membuat pinjaman kereta dengan bank sesuai dengan gaji dan komitmen kita, maka sebenarnya ia adalah hutang yang baik. Kerana kereta sebenarnya bukan satu aset dan nilainya akan semakin susut. Jadi sekiranya kita membeli dengan cash dan bayar sepenuhnya sebenarnya kita tidak untung pun berbanding kalau dengan cash tadi kita melabur atau simpan di mana-mana untuk mendapatkan dividen atau keuntungan seperti di TH. Dan sebenarnya bank tidak mengambil keuntungan yang tinggi dengan loan kereta berbanding personal loan. Jadi bukan semua hutang adalah buruk.
Begitu juga dengan hutang sebelum pencen. Sekiranya selepas membuat kiraan usia, waktu pencen dan potongan bulanan sekiranya ingin membuat loan, adalah lebih baik untuk memohon loan sebelum pencen daripada membuat loan selepas pencen yang kebanyakan bank akan tolak atau memerlukan penjamin. Sukar untuk mencari penjamin dan kita sendiri pun tak mahu menjadi penjamin kepada pinjaman orang lain. Maka di sini, keperluan untuk membuat pinjaman bagi perkara penting seperti membuat rumah lain atau renovate rumah (sesuatu yang bermanfaat) adalah hutang yang baik pada pandangan saya yang kasar ini.
Sekiranya kita 0 hutang sekalipun tetapi keperluan dan keinginan tidak dapat dipenuhi kerana tidak mahu berhutang maka bagi saya itu adalah satu sifat bakhil pada diri dan rasa stress akan datang kerana rasa tidak selesa dan rendah diri kerana tidak memiliki apa yang disukai. Apatah lagi bila sudah berkeluarga sudah tentun kita inginkan keselesaan buat ahli keluarga tersayang.
Sebagai contoh tidak mahu membeli rumah atau kereta kerana tidak mahu berhutang. Maka bertahun menyewa rumah dengan anak bertambah saban tahun, nilai rumah setiap tahun semakin meningkat. Ketika kita berjaya mengumpul sejumlah wang untuk membeli secara cash akhirnya hanya mampu membeli sebuah rumah teres sahaja pada masa itu sedangkan keperluan adalah sebuah banglo. Begitu juga dengan kereta yang disewa hanya bila nak pulang raya (ada perunding kewangan yang cadangkan begini). Walhal kereta baru jenama tempatan yang murah ada banyak pilihan. Kenapa nak bertahan dengan keluarga dengan kereta 2nd hand yang selalu pulak rosak tak menentu? Kecualilah kalau kita memang tidak mampu, rumah sudah beli dan mungkin kereta cukup 2nd hand sahaja sehinggalah kewangan semakin baik. Jadi ini boleh diterima akal.
Jadi bukan semua hutang itu buruk dan sebaliknya. Hutang yang buruk tu biasanya terjadi bila loan melebihi perbelanjaan keperluan. Tak kisahlah nak beli rumah atau kereta murah sekali pun tapi kalau pendapatan adalah sedikit maka loan yang dibuat akan jadi buruk sehinggalah kewangan kembali stabil. Solusinya adalah sabar sehingga naik gaji tiap tahun atau cari pendapatan sampingan atau cari kerja baru dengan gaji yang lebih tinggi.
Apa pun tiap dari kita kena konsisten menyimpan. Anak-anak wajib ada simpanan sendiri. Paling kurang 1k setahun bagi setiap anak. Lagi banyak lagi baik. Separuh pun takpe lebih baik dari tiada. Apa-apa terjadi masa akan datang kita tawakkal sahaja yang penting ada usaha kita sebagai ibu dan bapa. Untuk diri sendiri pun sama, konsisten menyimpan sehingga setahun gaji. Lepas tu nak berbelanja lebih takde masalah.
Ingat kita orang makan gaji, bukan orang kayangan yang ada bisnes juta-juta. Bahagia itu datangnya dari keperluan yang mencukupi dari sudut rohani, emosi dan fizikal. Tenang di hati datang dari minda yang tenang tidak stress memikirkan apa anak-anak dan pasangan nak makan esok lusa. Tenang untuk membuat urusan lain bukan memikirkan apa akan jadi andai kereta rosak dan di mana nak cekau duit kerana tiada simpanan kecemasan.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك