Beli kolam lebih besar supaya anak2 tak kacau ummi buat keja😂. RM167 di shopee...
Beli kerusi di shopee jg. RM149. Tapi kos shipping hampir RM40...
Tadah air takut keputusan kerana banyak daerah sini terjejas kerana paip pecah lagi...
Lontong kering Johor dapur bondaku RM10 sebekas...
Susah nak menulis banyak gangguan anak2.
Menu bila rajin...
Bila tak rajin nak masak tapau saje...
Tisu basah dari shopee. Memudahkan kerja ummi...
Perbelanjaan di shopee memang sangat merungsingkan. Sebulan lebih 1K habis untuk online shopping. Sedih. Tapi terpaksa juga sebab musim covid kena elak dari membeli belah di pasaraya. Di sini pun kes makin naik. Bimbang. Allahulmustaan.
Kerja sekolah anak. 2 minggu ni langsung tak cara kerja sekolah anak. Rasa kecewa dengan diri sendiri. Kesian pada anak banyak ketinggalan.
Bulan depan akan memikul jawatan lagi. Rasa sedih dan terganggu emosi. Last jawatan tahun 2019 sebagai penyelaras siswazah. Kali ini lebih berat tugasnya. Allahulmustaan. Saya tidak kuat.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك