Wednesday, 25 August 2021

Stress beberapa hari ini...

Semalam melepaskan semua kekesalan dan tekanan emosi pada pada suami. Beberapa hari kami berdingin kerana urusan rumahtangga, anak dan kerja. Lega setelah meluahkan. Bersyukur suami memahami. Dia pun rasa lega agaknya lepas beberapa hari saya dingin saje. 😂. Mula2 suami agak terkejut dan nak marah sebab tiba2 saya tinggikan suara. Tapi dia nampak saya menangis2, terus duduk sebelah saya dan tak jadi marah. Tangan menggosok dan memegang lengan saya, mendengar keluhan demi keluhan. Cuba meredakan kecamuk dan tangisan saya yg sangat buruk. Merespon soalan yang terlintas dalam benak kepala yang saya luahkn tanpa tapisan. Terima kasih abang. Sampai bila2 awa ingat jasa abang ini, selain dari air milo ais abang yang sangat sedap. 

Kesian suami melayan emosi isteri yang macam2. Betullah perempuan sangat complicated kalau banding dengan lelaki. Bersyukurlah kalau dapat lelaki yang baik dan dapat memahami. Saya sayang suami kerana Allah. 

Oklah macam biasa menu bila rasa rajin... 



Kemas pejabat sebab perlu pindah ke blok baru sebelum 10/9 nanti... 


Banyak betul barang di ofis. Buku2 dan kertas2. Anak2 tolong mengangkat sekali. Alhamdulillah.

Halaa dah semakin lasak. Suka menggigit masa menyusu. Gigi dah 4 batang dan tambah lagi 3. Dah pandai ikut dan tiru perlakuan dan bunyi. Perangai sama macam kakak masa kecil. Cengil tapi halus. Suara nyaring dan kuku tajam. Haha.  Halaa 1 tahun 1 bulan... 


Semoga menjadi anak yang solehah, hamba Allah yang taat pada perintahNya. 

Eh ada lagi gambar makanan. Sambal tumis tempoyak petai feveret saya dan anak2. Sekarang wajib ada dalam peti. Mujur tempoyak banyak. Sambal merah gesek pula beli dengan kenalan kakak di sini. RM15 400gm. Caj hantar RM3...


Perbelanjaan bulan ini besar lagi dari baki gaji. Mengeluh sebab rasa boros. Tapi kalau tak beli nanti menyusahkan kehidupan. Duit simpanan ada tapi saya tak akan sentuh. Akibat bergantung pada baki gaji bulanan rasa sesak jugalah. Nak beli macam2 perkara tapi baki gaji menyedihkan. Mungkin juga sebab dalam kepala dah ada simpanan lain jadi rasa sedap betul nak berbelanja sekarang. Hmm macam mana ni. 

Ada lagi menu... 

Sekali sehari kami akan beli makanan luar dan topup dengan makanan sedia ada... 



No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...