Semalam kemas di halaman luar rumah. Hari ni sambung kemas luar lagi..
Siap baring2 lagi.. Ummi punya idea😆
Alas kotak. Bawak bantal golek sekejap kat luar. Ummi pun golek sekejap😆. Esok sambung susun lebihan batu gajah ke tepi rumah. Duduk rumah berkurung je rasa lesu kepala dan badan.
Pagi ni juga kemas dalam almari rumah..
Banyak laci2 dan kabinet kena kemas semula. Hari biasa banyak campak2 sahaja barang2. Rumah tak cantik takpe lagi tapi kalau bersepah tu hmm sakit mata dan hati.
Hari ni nilai PG RM268/1 gram. Nak beli tapi bajet tuk emas takde bulan ni. 😂. Sejak beli kereta kedua banyak bajet kena cut. Takpelah tahun depan naik pula gaji InshaAllah. Tahun ni berjimat cermat setelah berbelanja banyak.
Sekarang menyimpan target untuk travel ke Jordan pula. Bermula bulan lepas saya tambah antara 2-3 ratus simpanan utk travel luar negara. Setahun dapat dalam RM3600 sahaja anggarannya sehingga bulan 8 tahun depan. Memang tak cukup untuk flight satu keluarga tp lepas untuk kos hotel sahaja. Kena gigih lagi menyimpan supaya tak perlu sentuh duit sedia ada. Begini cara saya berbelanja dan menyimpan.
Konsisten dan disiplin. Kalau beli yang mahal atau terlebih belanja kena cut cost utk yang lain. Ini rahsia menyimpan tiap bulan sehingga mencapai 6 angka. Tapi sekarang xdpt simpan banyak di akaun sendiri seperti dulu2 sebab anak bertambah dan keperluan meningkat. Anak2 ada tabungan tiap bulan yang saya wajib masukkan. Konsisten menyimpan hasilnya InshaAllah membantu untuk kehidupan mendatang.
Anak no 3 skipping.. Cerdik sungguh yg ketiga ni berbanding usianya...
Suami buat puding karamel atas permintaan isteri.. Ya Allah sedapnya.. Hari ni buat lagi maaih di atas..
Malam ni keluar ke pantai warisan.. Penuh orang dan gerai...