Thursday, 4 August 2022

Ralitnya dia..

Sedar tak sedar sudah hampir 2 tahun anak ini. Macam2 karenah dan ragamnya. Tantrum boleh tahan hebat. Pandai berdikari dan kuat keinginannya. Suka melukis (mencoteng) dan main anak patung (baby)...

Plan nak sambut besdaynya jumaat depan InshaAllah. Nak ajak kakak sekeluarga dan emak abah datang ke rumah.


Sejak beberapa hari ni mengemas bilik komputer suami, bilik anak perempuan dan stor. Nak gabungkan bilik komputer dan stor dalam satu bilik yg lebih besar. Nak jadikan bilik stor sebagai bilik anak lelaki merangkap bilik tetamu bersolat juga. Tunggang langgang rumahnya. Nanti dah siap boleh up gambarnya. 

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...